Comments

BETUL KE WANITA PALING RAMAI MENGHIDAP SAKIT LUTUT BERBANDING LELAKI?


Tajuk macam menakutkan je! Tapi itulah hakikat yang perlu kita tahu dan ambil tahu tentang kesakitan yang berkaitan dengan lutut kita. Betul ke wanita paling ramai yang menghidap sakit lutut berbanding lelaki? Kenapa boleh jadi macam ni? Kenapa wanita lebih ramai menderita sakit lutut adalah disebabkan wanita lebih banyak melakukan pergerakan berbanding lelaki. Pergerakan yang dimaksudkan macam mengemas, mencuci, memberi anak makan, berlari kesana sini. 
Kerja rumah yang memerlukan kita untuk tunduk, bongkok dan banyak lagi pergerakan lain menjadi punca sedikit sebanyak berlaku kecederaan pada lutut kita tanpa kita sedari. Kecederaan boleh berlaku dibahagian ligamen, bursa atau tendon, rawan, meniskus dan tulang yang membentuk sendi. Terdapat juga kesan yang lebih teruk yang mungkin ramai antara kita alami tapi tak sedar ianya serius. Jadi mungkin beberapa jenis sakit lutut dibawah ni ada kaitan dengan kita!

SAKIT LUTUT ADA BANYAK JENIS

Terdapat beberapa jenis sakit lutut yang boleh dikategorikan mengikut simptom tertentu. Tak semua sakit lutut tu disebabkan oleh punca yang sama. Jadi disini cheq ada sediakan beberapa jenis sakit lutut yang berpunca daripada aktiviti berlainan yang mungkin salah satunya pernah terjadi pada diri awak semua ataupun ahli keluarga. 
  • LUTUT BERKERIUT
Biasanya rasa sakit lutut ni seperti nak tercabut lutut. Terjadi apabila lutut bergesel dan sakit selepas naik dan turun tangga ataupun duduk terlalu lama. 
Penyebab kepada terjadinya sakit lutut keriut ni kesan daripada tempurung lutut yang dah lari daripada kedudukan asalnya bergeser pada bahagian bawah tulang paha. Wanita selalu terdedah dengan sakit lutut jenis ini disebabkan pelvik yang lebar menyebabkan paha senget ke dalam sekaligus menyebabkan kuadrisep bertambah lebar.
  • LUTUT SAKIT
Selalunya rasa sakit apabila melakukan aktiviti pergerakan. Rasa sakit mencucuk antara tempurung lutut dan tulang kering atau tibia. Selalunya sakit kerap dan berterusan. 
Penyebab kepada terjadinya ialah tendinitis. Muncul apbila tendon yang menyambung tempurung lutut kepada tulang kering menjadi radang berikutan tekanan yang berulangan. Sakit akan menjadi teruk apabila kita kerap melakukan pergerakan. 
  • LUTUT KAKU & KERAS
Biasanya lutut akan membengkak dan menyebabkan kesukaran untuk melurus atau menbengkok.
Penyebabnya rawan yang membaluti sendi akan pecah disebabkan kekerapan digunakan dan juga faktor usia. Bila rawan rosak ia akan menyebabkan tulang bergeser dengan tulang dan menyebabkan sendi bengkak dan sakit. 
  • LUTUT BERPINTAL
Keadaan dimana lutut mengeluarkan bunyi "pop" yang menyebabkan lutut seperti terkancing dan menyebabkan rasa sakit yang teramat sangat. Tapi selalunya situasi ini berlaku ketika bersukan dan ketika melakukan pergerakan yang laju. 
Ini menyebabkan tisu elastik yang dikenali sebagai "anterioir cruciate ligament" atau ACL yang bertindak menstabilkan lutut terkoyak. Kajian juga menunjukkan tahap estrogen yang tinggi melonggarkan ligamen dan melemahkan kebolehan untuk melindungi sendi. Selalunya jika sakit lutut jenis ini disarankan pesakit terus dibawa berjumpa doktor. 

RAWATAN DAN LANGKAH PENJAGAAN

Penting untuk kita mengetahui penyebab kepada setiap penyakit lutut yang menimpa kita. Bila kita dah kenalpasti mudah untuk kita mendapatkan rawatan. Contohnya kita kena tahu berapa kerap kita mendapat kesakitan lutut dan dibahagian mana selalu terasa sakit. Terdapat beberapa langkah yang boleh diambil dalam membantu mengurangkan dan langkah pengjagaan untuk sakit lutut.
  • kurangkan senaman berat atau melakukan pergerakan yang laju. Elakan dari berhenti secara tiba-tiba selepas melakukan pergerakan laju
  • kurangkan berat badan jika masalah sakit lutut ini berpunca daripada berat badan. Cara ini dapat mengurangkan tekanan pada lutut dan mengurangkan sakit arthiritis. 
  • pengambilan ubat anti radang tanpa steriod (NSAID) juga boleh digunakan. 
  • gunakan ais untuk menuam kawasan yang bengkak
  • terapi fizikal juga sangat membantu dalam aspek rawatan lutut yang berkaitan dengan ortopedik
  • pencegahan dengan pengambilan vitamin untuk menguatkan otot dan sendi. 
JOINT HEALTH TABLET BANTU KUATKAN SENDI 


Digunakan secara tradisional dalam perubatan Ayurvedic (<5000 tahun) untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Antara khasiatnya:
  • menyokong keselesaan sendi
ekstrak boewelia menghalang pembentukan bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi
  • bertindak sebagai kusyen
ekstrak jagung membekalkan sumber yang pekat dengan glukosamina yang berfungsi meningkatkan sokongan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan.
  • memelihara tisu penyambung
zink,tembaga, mangan dan vitamin c membekalkan sokongan nutrient untuk kolagen dan kompenan tisu penyambung yang memberikan kekuatan dan struktur sendi

Jadi kalau awak tak nak jadi salah seorang daripada penghidap sakit lutut. Apakata mulakan pengambilan vitamin dan amalkan pemakanan yang sihat sebagai langkah untuk mengelakan sakit lutut dari menyerang. Itupun kalau awak nak 10 tahun lagi tak bertongkat dan masih mampu jalan seiring dengan cik suami!


✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah! 

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top