Comments

JOM DIDIK ANAK MENGENAL AL-QURAN

AJAK SI KECIL MENGENALI AL-QURAN

Sebagai ibu bapa, kita pasti rasa sangat bertuah apabila dikurniakan anak yang fasih membaca al-quran. Ada tak yang tak suka bila anak pandai membaca al-quran? Rasanya tak ada yang taknak! Ini boleh dikira saham untuk ibu bapa di akhirat kelak. Menjadi tanggungjawab kita untuk mendidik mereka sejak dari kecil lagi utnuk mengenal al-quran. Jadi entri kali ni nak kongsikan cerita untuk kita sama-sama mendidik anak kita menjadi peminat al-quran. 

Kalau dulu ingat lagi kalau nak suruh mengaji mesti terbayang wajah atok pegang rotan. Dari kenal huruf terus jadi blur sebab takut pada rotan atok! Tapi itu dulu, hari ini kita dah disediakan dengan berbagai jenis kemudahan dan kaedah untuk menarik perhatian dan minat anak untuk mempelajari Al-Quran. Kalau kita tengok di kedai buku misalnya terdapat flash card, puzzle, CD lagu dan carta mengenali Al-Quran ada dijual. Pilih je nak yang mana. Bukan setakat tu sahaja, terdapat juga aplikasi dalam telefon bimbit yang dapat membantu menarik minat anak kita terhadap Al-Quran. 

1 MINGGU, I KISAH DARI AL-QURAN

Cara ini sebenarnya telah banyak diguna pakai di taska-taska. Apakata cuba amalkan di rumah dengan menerapkan pemahaman yang unggul dan ringkas mengenai Al-Quran kepada anak kita. Setiap pembelajaran perlu dilengkapi dengan ayat-ayat Al-Quran yang berkaitan dengan cerita yang disampaikan. Terdapat banyak kisah yang boleh kita kaitkan dengan ayat Al-Quran. Sesi penceritaan juga perlu dibantu dengan buku-buku cerita yang menarik. 

BAHAN BANTUAN D.I.Y

Selain buku panduan yang kita beli di kedai, apa kata kita pelbagaikan dengan penghasilan sendiri. Inilah masanya kalau kita nak mengasah bakat kreatif. Kita boleh gunakan perisian komputer seperti Powerpoint untuk hasilkan pelbagai paparan yang menarik. Seiring dengan zaman serba canggih ni, sekali klik macam2 info kita boleh dapat! Cuba perkenalkan cara bacaan huruf dalam Al-Quran, hafalan pendek dan juga bercerita tentang maksud didalam ayat-ayat Al-Quran. Cuba jadikan setiap hasil karya lebih menarik dan mengikut cita rasa dan tahap pemikiran yang menarik dan berbeza-beza. 


Kita juga boleh hasilkan blok-blok huruf hijaiyah yang diperbuat daripada kotak-kotak. Sampul surat lama juga boleh digunakan untuk aktiviti memadankan nama surah dengan cerita bergambar. Pasti anak kita lebih berikan tumpuan jika kita selitkan aktiviti seperti permainan memadankan. Silap haribulan ibu bapa yang terlebih seronok!

MULAKAN DARI KECIL

Apa yang penting, setiap aspek di dalam pembelajaran Al-Quran seperti bacaan, hafalan, pemahaman maksud dan kisah-kisah dari Al-Quran boleh diperkenalkan sejak dari awal lagi. Semoga dengan pemahaman Al-Quran yang diberikan dapat menjadikan anak kita seorang yang berpegang pada Al-Quran sebagai panduan di dalam kehidupan mereka nanti! 

AMIN,,,



✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM 
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179 
✿✿ fiesyadam@gmail.com 
 YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR 

 Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!

 **These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top