Comments

SEPETANG BERSAMA JEANS

Ha.. Mesti ramai yang klik link nak tahu jeans apa yang cheq maksudkan. Kalau nak tahu tolong baca bagi habis!

Hari ni cheq sekeluarga dapat jemputan kenduri kahwin. Macam tahu - tahu je dah lama mengidam nak makan nasi kenduri. Lepas zohor bergeraklah kami sekeluarga membawa perut kosong untuk diisi dengan nasi minyak kejap lagi.



Sempat lagi berselfie sebelum sampai rumah pengantin. Tapi cheq bukan nak cerita pasal kenduri kahwin. Tapi aktiviti selepas kenduri kahwin. Semalam cik suami ada beritahu tentang sale dekat Parkson. Dengar cerita ada jualan potongan hebat untuk srluar jeans dan pakaian jenama Edwin & Mustang. Jadi cik suami ajak cheq pergi mencuci mata.

Alang dah keluar tu, teruslah kami sekeluarga ke parkson. Sampai depan parkson tengok dah ramai orang. Penangan jualan hebat. Kita kalau dengar je jualan hebat, potongan 50-80% mesti tak sah kalau tak pergi! Betul tak? Kata je nak mencuci mata tapi dah sehelai seluar jeans dari rm100 lebih tinggal rm20 silap besar kalau tak rembat.


Cik suami dengan nada lemah lembut penuh bersopan cakap nak beli sehelai dua untuk kegunaan kerja. Dah agak dah sebenarnya. Sementara si ayah memilih, cheq kena jaga 2 anak. Tengok dengan keadaan orang ramai, cheq bawak anak jalan-jalan untuk elak dari orang ramai.



Dekat 3 jam menunggu dengan melayan karenah anak akhirnya si ayah pun dah berpuas separuh hati. Dapat juga dia sehelai dua dalam masa 3 jam dia memilih! Kalah cheq tau! Tapi yang bestnya memang bervaloi sangat sebab jenama bagus, kualiti baru. Harga pun murah!

Kalau korang nak dapatkan sehelai dua jeans edwin atau mustang apa kata pergi parkson. Tapi tak pasti semua cawangan atau dekat tempat cheq je. Jom layan beberapa gambar sepanjang cheq menunggu cik suami tadi.






posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Blog Archive

Back to Top