Kisah entri kali ni nak kongsi satu cerita tentang seorang kakak ni. Kisah Kak Joy nak melaram baju lama musim kenduri kendara cuti sekolah ni. Sempena cuti sekolah yang dah mula ni, maka banyaklah jemputan kahwin. Sana sini orang berkompang. Sehari dekat 2,3 biji rumah kenduri. Tak pergi dah duduk sekampung, nanti apa pulak cakap jiran. Dan untung bagi Kak Joy sebab tak gaduh nak memasak bagai! Ajak satu keluarga pergi makan percuma.
MAKANAN PENGGODA NAFSU
Tapi bila dah cakap bab makan kena faham sendirilah. Rumah kenduri mana ada orang masak ikan stim, sayur campur, ikan bakar. Lauk femes dah tentulah gulai batang pisang, daging kurma,ayam masak merah, dihidang pulak dengan pencuci mulut cendol la apam balik dan juga bubur kacang hijau. Cuba bayangkan berapa banyak kalori dah tertelan dalam satu hidangan? Tapi sebelum tu kita kembali pada kisah Kak Joy ni nak melaram. Dah banyak kenduri baju pun kena lah tukar-tukar. Takkan setiap kali kenduri baju yang sama je. Kak Joy pun buka almari dan tengok banyak baju lama tergantung. Nak dibuang sayang sebab baju lama sekarang tengah "in" balik.
Bila ambil sepasang nak dicuba alangkah sedihnya tak termuat di badan Kak Joy. Mulut membebel salahkan baju katanya "susah betul kalau kain yang kita baju dia mengecik ni". Sudahnya beberapa helai dah dicuba tetap salahkan kain! Rasa tak puas hati, Kak Joy pun ambil pita pengukur. Diukurnya pinggang yang dalam ingatan kali terakhir saiz 29cm. Lepas diukur ketara dekat mata dah bersaiz 33 pinggang kak joy. Terkejut beruk kak joy. Barulah kak joy perasan badan dah makin berisi. Pinggang dah tak ada shape. Dalam hati patutlah cik suami dah lama tak mencucuk pinggang. Dah tak jumpa lekuk pada pinggang!
CARI JALAN PENYELESAIAN
Dalam bawa hati yang lara Kak Joy buka facebook dan terpandang satu post tentang si polan ni dah beranak 2 tetap maintain! Siap kongsi testimoni dipuji cik suami berserta nombor telefon. Kak Joy pun pantas mendail dan bermulalah sesi luahan dan pengenalan. Selang dua hari barang yang dipesan pun sampai. Beserta keazaman nak mendapatkan bentuk badan macam dulu, Kak Joy pun amalkan pemakanan sihat.
Makan sarapan dengan bijirin dan juga secawan milo yang dicampur dengan ESP. Kadang kala 2 keping roti bersama secawan ESP smoothies. Bawa ke tengah hari Kak Joy amalkan pengambilan sayuran dan lauk pauk berserta nasi tapi kuantiti nasi dikurangkan. Selepas selesai makan Kak Joy telan 3 biji Alfalfa dan 3 bini Lecithin. Selesai makan mula menggerakan anggota badan dengan melakukan kerja mengemas dapur dan menyapu dan juga mengemop lantai. Bila tiba malam Kak Joy amalkan makan sebelum jam 8 malam. Kadang Kak Joy makan roti dan biskut. Tapi rasa hairan sebab tak lapar. Baru teringat pesan si penjual kena minum air masak 3 liter sehari. Berkat amalkan minum air masak 3 liter sehari yang bantu proses pembuangan jadi sistematik dan buatkan Kak Joy kurang rasa lapar.
Kadang kalau terpaksa makan kenduri Kak Joy pasti telan Alfalfa dan Lecithin selepas makan. Dan selepas seminggu mengamalkan pemakanan sihat, Kak Joy pun cuba baju yang dah dicuba sebelum tu. Alhamdulillah dah boleh pakai! Berkat konsisten dengan pemakanan dan pengambilan supplement. Jadi "moral of the story" tak ada apa yang mustahil kalau kita nak jadi macam Kak Joy. Bak kata orang nak seribu daya taknak seribu alasan. Tengok Kak Joy nak pakai baju lama pergi kenduri sanggup berhempas pulas. Akhirnya dia jugak yang berjaya. Jadi kalau kita amalkan pemakanan yang seimbang, pengambilan air masak yang cukup dan paling penting pengambilan supplement yang betul semua tu tak jadi halangan dah! Jom tengok apa yang Kak Joy amalkan dalam supplement dia.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.