Bagi bayi yang dah menginjak usia 6 bulan kini tibalah masa untuk kita sebagai ibu bapa memperkenalkan mereka dengan makanan baru yang berbentuk pejal. Menggigit, mengunyah dan menelan makanan adalah satu kemahiran baru bagi bayi berusia 6 bulan kerana mereka baru diperkenalkan dengan makanan pejal. Entri kali ni cheq nak kongsikan tips untuk memperkenalkan anak dengan makanan pejal pertamanya. Mungkin masih ada diantara kita berasa was-was untuk memberikan bayi kita makanan pejal walaupun bayi dah berusia 6 bulan.
PENGENALAN MAKANAN PEJAL PERTAMA
Sepanjang tempoh permulaan sehingga 18 bulan, kita harus berwaspada semasa menyediakan makanan pejal untuk bayi. Ini kerana sistem penghadaman mereka masih lembut. Jadi sebagai permulaan, makanan pejal yang diberikan haruslah dikisar dengan halus. Pastikan tidak terlalu banyak campuran sayuran ataupun lauk lain. Perkenalkan mereka satu persatu dahulu jenis makanan. Pastikan makanan yang dikisar itu benar-benar halus dan mudah untuk ditelan oleh anak kita. Ini bertujuan untuk mengelakan bayi daripada tercekik dan tersedak.
MAKANAN LEBIH KASAR MENGIKUT PERINGKAT UMUR
Makanan yang lebih kasar patut diperkenalkan secara berperingkat. Ini memberi peluang pada bayi untuk menyesuaikan diri dengan peralihan saiz makanan puri yang kita beri sebelum itu kepada ketulan kecil. Ada juga ibu bapa yang masih belum berani nak bertukar kerana anak masih belum mempunyai gigi. Tapi kita tak perlu bimbang kalau anak masih belum mempunyai gigi yang banyak. Bayi tidak semestinya perlukan gigi untuk mengunyah makanan mereka. Gusi juga dapat membantu dalam proses mengunyah dan memecahkan makanan.
Kita boleh beri mereka lobak merah, kentang dan ayam. Selain itu kita juga boleh menggunakan cara memasak makanan tersebut sehingga lembut dan cuba hancurkan dengan menggunakan senduk. Yang penting pastikan makanan yang kita beri bersaiz kecil dan lembut agar bersesuaian dengan sistem penghadaman mereka. Bagi anak yang dah meningkat ke usia setahun dan keatas. Selalunya mereka lebih suka dengan makanan yang lebih keras. Jadi pastikan mereka menguyah dengan betul makanan supaya tidak mengganggu sistem penghadaman.
Penting untuk kita menjaga sistem penghadaman mereka. Jika saluran penghadaman tidak berfungsi dengan baik, ia boleh mendatangkan penyakit seperti sembelit dan gangguan kesihatan yang lain. Sistem imunisasi akan terganggu dan boleh menyebabkan mereka mudah diserang penyakit. Berikan mereka diet yang sesuai. Jika perlu sediakan sesuatu yang boleh membantu pemakanan dan paling penting dapat jaga penghadaman mereka.
MEALSHAKES BANTUAN UNTUK ANAK BERUSIA SETAHUN DAN KEATAS
Kandungan Glimeks Indek Rendah membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. Mealshakes juga membantu dalam mengembalikan selera makan anak tapi ibu bapa jangan takut sebab mealshakes tidak menggemukan. Ia mengandungi karbohidrat berkategori glimeks rendah yang bermaksud tenaga yang dibekalkan dilepaskan sedikit demi sedikit. Jadi anak kita terjaga daripada gangguan bakteria dan kekal aktif.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.