Tanyalah pada sesiapa pun. Tak ada orang yang nak gemuk! Kalau ada pun mesti nak tambah berat badan yang ideal dengan fizikal badan mereka. Dengan perkembangan semasa yang dah maju ni banyak set pengurusan yang terdapat di pasaran. Pilih saja mengikut budget kita. Tapi tak semuanya seindah gambar dan testimoni yang setiap produk selitkan. Kadang kala jadi hairan kenapa masih tak kurus walaupun dah makan set kurus. Nak jadi kurus alih-alih makin kembang! Jadi entri kali ni cheq nak kongsikan kenapa dan bagaimana cara nak atasi masalah ni.
SEMUA ORANG NAK KURUS!
Bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan pasti akan ada beberapa masalah kesihatan. Contohnya kencing manis, darah tinggi, lelah dan jantung. Sebenarnya terdapat banyak lagi masalah lain tapi kita ambil contoh pada penyakit berangkai yang paling akrab bagi mereka yang berbadan besar. Jadi untuk mengambil set pengurusan kena betul pada gayanya. Sebab tak semua produk pengurusan ni sesuai diambil opleh mereka yang ada kencing manis, darah tinggi dan lain-lain.
Takut esok nak kurus punya pasal penyakit lain pulak yang timbul! Bagi mereka yang dah biasa amalkan pengambilan set kurus pasti teruja nak tengok kesan selepas pengambilan. Untung-untung boleh jadi testimoni. Tapi minggu pertama tak turun, minggu kedua pun sama. Akhirnya perasaan teruja jadi pilu. Terus ucapkan selamat tinggal pada set kurus. Nanti permulalah penyalahan produk. Ini tak bagus, itu tak berkualiti.
CARA NAK TAHU BERKESAN ATAU TIDAK PRODUK YANG KITA? JOM CUBA CARA NI.
Kali ni cheq nak kongsikan cara yang betul untuk kita tengok berkesan atau tidak produk pengurusan yang kita makan tu. Cara yang mudah dan wajib bagi kita yang nak dapatkan berat badan ideal tahu berkesan atau tidak produk yang kita ambil. Kadang sesetengah orang makan tak sampai 2 minggu dah boleh turun 3 ke 5 kilogram. Tapi AWAS ye, sebab tak semestinya produk yang memberi kesan cepat ni SELAMAT! Memang berat akan turun tapi kesan sampingan yang ada kita sendiri tak tahu.
Terdapat sesetengah produk pengurusan yang menggunakan kandungan dos yang tinggi untuk mendapat kesan yang cepat. Tapi selama mana ia akan bertahan? Jadi perkara yang paling utama pastikan produk pengurusan yang dipilih itu SELAMAT,BERKESAN dan SEMULAJADI. Bak kata pepatah biar lambat asal selamat. Sebab kalau fikir secara logik senang ke nak buang lemak tepu yang dah bertahun dalam badan kita. Kalau baju kotor katakan, mudah ke nak hilangkan kesan kalau dah lama tercalit. Lainlah kalau kita gunakan peluntur klorin. Cepat jer kesan kotor tu hilang. Tapi kesan lain pada baju akan jadi jarang dan kain akan cepat mereput!
Berbalik pada cara nak tahu kesan sesuatu produk pengurusan tu. Pastikan kita dah buat satu salinan untuk setiap maklumat berkenaan dengan bentuk badan kita. Contohnya:
- kira peratus lemak dalam badan terlebih dahulu
- ukur badan sebelum pengambilan produk pengurusan
- ambil gambar untuk perbandingan sebelum dan selepas
- ambil perhatian tentang bentuk baju yang kita pakai sama ada longgar atau ketat
Bila dah tulis semua diatas, baru kita mulakan pengambilan produk pengurusan. Dalam masa seminggu selepas pengambilan cuba bandingkan ukuran yang mula-mula kita buat dengan keadaan kita selepas seminggu pengambilan. Jika terdapat perubahan yang positif maknanya korang dah berjaya dengan pengambilan set kurus ni. Ini dinamakan inchloss. Pengurangan lemak di bahagian paha, lengan dan pinggang. Jadi kalau kawasan yang lemak suka duduk dah makin berkurangan nampaknya korang dah berjaya dengan diet pengurusan diri korang.
Bagi yang serius nak dapatkan berat badan ideal pasti awal-awal lagi dah tahu pasal kaedah ini. Jadi korang kena pilih sama ada nak kurus secara sihat atau nak kurus secara tidak sihat. Jangan ingat dah kurus penyakit pun hilang ye. Pastikan setiap produk pengurusan yang korang ambil SELAMAT, BERKESAN dan paling pentign SEMULAJADI. Set kurus yang cheq cadangkan untuk korang yang nak dapatkan inchloss dan selamat,berkesan dan semulajadi. Dah tentu set pengurusan shaklee. Sangat membantu dalam memberikan berat badan ideal dengan cara sihat. Nak tahu lebih lagi tentang SET PENGURUSAN SHAKLEE? Klik je dengan perkataan tu.
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR
**These statement have been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.