BIBIR CANTIK IDAMAN WANITA
Gincu atau lipstik memang tak dapat dipisahkan dari wanita. Tak kiralah yang berwarna tona gelap, malap, terang atau tanpa warna. Mesti menjadi pilihan walaupun kadang kala harganya tinggi. Peranan gincu adalah untuk membuatkan penampilan seseorang wanita tu lebih menarik. Siapa yang nak bibir yang kusam, merekah dan kering.
Bibir memainkan peranan penting dalam kecantikan wanita. Pernah dengar ayat bibir mungil, bibir seksi dan banyak lagi. Ini menunjukkan bibir ni boleh membuatkan seseorang tu tertarik dan menarik perhatian orang. Tapi hari ni kita nak kongsi petua dan tips bagi korang yang inginkan bibir yang cantik, lembap semulajadi. Terdapat juga golongan mereka yang alah pada pemakaian gincu. Bila pakai mulalah naik bengkan dan jadi lagi teruk dari asal! Jadi mungkin dengan tips dan petua yang cheq nak kongsikan ni dapat membantu masalah korang tu!
PETUA DAN TIPS CANTIKKAN BIBIR SECARA SEMULAJADI
MENTEGA
- mentega dapat memberi khasiat dalam mendaaptkan bibir merah secara semulajadi.
- amalkan sapu bibir dengan mentega setiap kali sebelum tidur
- campurkan beberapa titis minyak zaitun bersama madu atau gula. Oleskan pada bibir, tunggu beberapa minit dan bilas bersih
KUNYIT
- kunyit juga boleh memerahkan bibir yang kusam.
- campurkan serbuk kunyit dengan satu senduk susu dan gaulkan. Oleskan pada bibir selama 5 minit dan bersihkan
DAUN KETUMBAR
- hiris halus daun ketumbar dan campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada bibir selama 20 minit dan bilas sehingga bersih
AIR MAWAR
- air mawar boleh buatkan bibir kemerah-merahan secara semulajadi
- sapukan air mawar pada bibir setiap malam sebelum tidur
Selain petua dekat atas ni, kita juga boleh amalkan tips lain. Antaranya:
HINDARKAN KEBIASAAN MENJILAT BIBIR
- elakkan daripada menjilat bibir kerana ia hanya membuatkan bibir cepat kering dan kelihatan pucat
- selain itu, ia boleh memalapkan kemerahan warna bibir kita
JAUHI KAFEIN DAN MEROKOK
- kurangkan pengambilan minuman berkafein seperti kopi
- cuba untuk berhenti merokok kerana keduanya merupakan penyebab bibir menjadi gelap
*********************************************************************************
Anda pengguna bijak?? Inginkan penjimatan sehingga 20 peratus setiap kali membeli vitamin dan supplement?? Sertai kami sebagai ahli untuk menikmati tawaran dan potongan harga!! Hanya RM75/- untuk menikmati semua tawaran dan harga lebih murah!
✿✿ WATIEY MANSOR AKA MAMABBBAM
✿✿ ☎ ✆ 017-7757179
✿✿ fiesyadam@gmail.com
YOUR SHAKLEE INDEPENDENT DISTRIBUTOR