Comments

HISAP JARI.. KESAN BURUK DAN LANGKAH ATASINYA

Bismillah.


Hisap jari adalah perlakuan biasa bagi kanak - kanak kecil. Perlakuan ini memberi keselesaan dan rasa selamat pada mereka. Tetapi jika berlarutan ia boleh menjadi tabiat yang sukar untuk dikawal. Namun demikian, ibu bapa tak perlu bimbang, kerana tabiat ini akan hilang apabila usia mereka meningkat kelak. 
Menurut kajian, hisap jari adalah tindakan refleks bagi bayi  yang normal. Sebenarnya banyak lagi tindakan refleks yang lain selain menghisap jari seperti menghisap jari kaki, mengerutkan jari - jari kaki, menggengan jari jemari  kita apabila kita merasa tapak tangan atau jari2 mereka. 
Sebenarnya ittu semua adalah permulaan kepada pergerakan yang lain seperti meniarap, merangkak, memasukan benda yang dicapainya ke dalam mulut dan banyak lagi pergerakan lain. Bagi sesetengah ibu bapa menganggap menghisap jari adalah sesuatu yang normal. Dan ada segelintir saja yang memandang remeh hal ini. Sebenarnya menghisap jari bukanlah sesuatu yang baru. Ini keran bayi mula menghisap jari dari dalam kandungan lagi. 

KESAN PADA PERTUMBUHAN GIGI DAN MULUT

KESAN NEGATIF AKIBAT HISAP JARI

Menurut satu kajian, kanak2 yang berusia bawah 6 tahun lebih berisiko tinggi mendapat kesan negatif akibat menghisap jari. Ini kerana pembesaran bahagian mulut dan rahang mereka amat aktif. Apabila ada tekanan di lelangit, sisi dan rahang ia akan mengubah bentuk asal bahagian mulut. 
Kanak2 yang menghisap jari biasa akan mengalami gangguan pertumbuhan gigi yang kurang teratur. Sesetengah daripada mereka akan mengalami masalah gigi kedepan @ jongang. Tapi ibu bapa boleh mengambil langkah untuk megatasi masalah ini. 

LANGKAH UNTUK MENGHENTIKAN 
  • cuba sibukkan anak dengan mainan yang boleh dipegang
  • jangan terus menarik jari mereka, ini akan lebih membuatkan mereka cenderung untuk teruskan tabiat ini
  • mulakan dengan kata2 semangat supaya mereka lebih yakin untuk berhenti menghisap jari
  • tunjukan akibat buruk pada tabiat mereka itu
  • boleh cuba sapukan sesuatu yang masin atau masam yang boleh memberi rasa kurang enak pada jari mereka
Jika langkah diatas diamalkan. Insyaallah akan berhasil juga! Yang penting kita sebagai ibu bapa haruslah kuat semangat dan sabar. Itu yang penting! Semoga perkongsian ini akan dapat membantu ibu bapa di luar sana. Sekian.. 

UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT MENGENAI PRODUK.. 
INGIN SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE?? PULANGAN DAN MANFAAT BERGANDA MENANTI!! BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH..




Baca lagi
Comments

PRODUK SHAKLEE UNTUK PELANGSINGAN

Bismillah..
Gemuk?? Tak kiralah yang sejak azali mahupun mengikut arus usia. Tapi sekarang ni nak dapatkan berat badan ideal bukanlah sesuatu yang sukar. Zaman sekarang ni bermacam cara ada untuk kembali slim.Nak pulak sekarang produk perlangsingan tumbuh bak cendawan tumbuh selepas hujan.Selak saja majalah ke surat khabar ke mesti ada iklan produk perlangsingan. Kadang kala disebabkan kemunculan bermacam produk perlangsingan membuatkan kita jadi takut dan was-was akan keberkesanannya. Menjadi trend, kalau produk baru mesti populariti melambung. Produk laris.Namun lama kelamaan akan senyap macam itu saja. Produk Shaklee untuk slim pula dah berada lama dalam pasaran tetap hangat diperkatakan. Sebut saja Alfalfa, Lecithin, Herb-lax, ESP mahupun Omega Guard. Semua akan tahu itu adalah produk perlangsingan Shaklee. 
Jika kita lihat kebanyakan produk pelangsingan yang ada di Malaysia ni semua menunjukkan kesan impak keberkesanan dalam tempoh yang singkat. Seperti Shaklee, kita masih mengekalkan strategi proses penurunan yang sama dari dulu sampai sekarang. Produk Shaklee untuk pelangsingan badan memang dah cukup terkenal sejak dulu hingga sekarang. Keistimewaan diperbuat daripada bahan semulajadi. 
BAKAR, BUANG dan BINA. 3 cara selamat untuk dapatkan kembali berat badan. Selain bertindak mengembalikan berat badan ideal. Yang paling best, produk Shaklee untuk slim bukan hanya bermanfaat untuk dapatkan berat badan ideal saja. Tapi turut mempunyai beberapa fungsi lain yang turut bermanfaat pada tubuh badan kita. Sebagai contoh Alfalfa turut dikenali dengan 1001 kahsiatnya. Omega Guard juga bagus dalam membantu perkembangan otak anak kita. Begitu juga dengan ESP yang memang umum dah tahu kehebatannya dalam membantu mengatasi masalah kesihatan. Jadi dah dapat lebih dari satu kebaikan. 
Shaklee menawarkan beberapa pilihan dalam produk perlangsingannya. Mudah untuk kita sebagai pengguna untuk memilih produk mengikut kesesuaian kita dan dalam masa yang sama masih berfungsi berkaitan perlangsingan. Jom kita tengok antara pilihan produk Shaklee untuk slim. 

                                     
                             

Apa yang bestnya tentang produk perlangsingan Shaklee ni, kita boleh memilih mengikut budget kita. Jadi semua orang boleh mencuba. Tiada alasan kalau ada yang mengatakan produk perlangsingan Shaklee ni MAHAL. Tak perlu nak "skip" makan ataupun berpantang macam. Hebatkan!! Jadi dapatkan dengan segera untuk merasai sendiri khasiatnya. 

UNTUK PEMBELIAN DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 
BERMINAT UNTUK MENJADI AHLI SHAKLEE DENGAN BERMACAM FAEDAH DAN PULANGAN HEBAT??JOM SERTAI KAMI.. 










Baca lagi
Comments

KULIT CANTIK MENAWAN DENGAN VITA-E SHAKLEE

Bismillah..
Masih dalam mood nak mencantikkan diri untuk persediaan raya tak lama lagi. Bukan lah nak melaram terlebih tapi untuk sedap mata memandang. Tak salah rasanya.. Lagipun bukan menggunakan bahan terlarang, sekadar mengamalkan supplement semulajadi saja. Untuk entri kali ni nak kongsi lagi tentang kebaikan Vitamin E Shaklee. Sedia maklum tahu bulan ni promosi untuk Vita-E Shaklee. Jadi watiey nak kongsikan beanyak info tentang khasiat kegunaan Vita-E Shaklee ni. Jadi lepas ni ramai yang berpusu2 nak dapatkan sebab dah tahu manfaat dia.


Seperti kita tahu, Vitamin E dengan kecantikkan memang tak dapat dipisahkan. Tengok saja penggunaan Vitamin E dalam alat solek, krim muka, sabun dan banyak lagilah termasuk juga bedak talkum. Mesti ada kandungan Vitamin E yang terselit sama. Kan? Ini kerana vitamin E kan antioksidan yang tinggi. Yang memang terbaik dalam menlindungi kulit dan sel kulit. Selain sifatnya yang mudah menyerap dalam sel kulit dan juga tubuh kita. Vitamin E merupakan sebatian yang melawan radikal bebas yang berbahaya dengan cara meneutralkannya. Radikal bebas adalah punca penyakit yang boleh terbentuk dalam badan kita. Dengan pengambilan Vitamin E dapat melawan punca2 ini daripada terus terbentuk.

PERANAN VITA-E SHAKLEE PADA KULIT MUKA

  • Vita-E bertinfak melindungi kulit daripada sinaran UV, pencemaran dan elemen lain yang boleh menghasilkan radikal bebas yang merosakkan sel2. 
  • Vita-E membantu kulit kelihatan muda dengan mengurangkan kemunculan garisan halus dan kedutan. 
  • Vita-E yang diserap ke lapisan epidermis bertindak sebagai pelindung matahari
  • Vita-E membantu merawat psoriasis
  • Selain itu, Vita-E bertindak mencegah kanser. Sinaran matahari dan kesan radikal boleh menyebabkan berlakunya kanser

MANFAAT VITA-E PADA KULIT
  • membantu mengurangi bekas luka
  • membantu mencegah kemunculan bintik hitam 
  • membantu mengimbangi minyak dalam kulit
  • mengurangkan transpidermal (kehilangan air) dari kulit dan menguatkan fungsi kulit pelindung
  • membantu mengecilkan pori2 wajah 
  • meningkatkan kelembapan kulit
  • menghilangkan jeragat
  • menegangkan kulit wajah 
Jadi tak hairanlah kenapa Vitamin E ni banyak digunakan dalam produk kesihatan. Dengan mengamalkan pengambilan Vita-E dapat memberikan kita kulit yang sihat dan lebih licin. Selain memberikan kesihatan pada tubuh kita. Jadi apa kata dapatkan sekarang sementara promosi Jun ni.. Beli 6 PERCUMA 1!! 

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH, 



Baca lagi
Comments

TIPS UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN


Pastinya bagi wanita yang baru bergelar ibu, masalah kekurangan susu adalah MASALAH UTAMA. Keluhan seperti "susu tak ada", memang ayat sinonim di awal kelahiran. Yang dah berpengalaman bersalin anak kedua ke ketiga ke turut akan melalui masalah ini. Ini pula ibu yang baru pertama kali melahirkan. Jadi entri kali ni saya nak kongsikan TIPS UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN. Semoga selepas ni boleh kita praktikkan dan dah tak perlu nak risau2 lagi!

TIPS UNTUK MEMERIAHKAN SUSU
  • urutan dapat merangsang pengeluaran susu. Lakukan urutan lembut disekeliling payudara sebelum menyusukan
  • mandi dengan air panas juga boleh merangsang pengeluaran susu ibu
  • amat penting untuk kita memulakan penyusuan seawal setengah jam kelahiran
  • kerapkan tempoh penyusuan untuk merangsang atau mendapatkan stimulasi
  • bertenang dan fahami situasi. Penting untuk ibu bertenang dan memahami situasi kerana ia juga dapat merangsang pengeluaran susu dengan lebih baik berbanding ibu yang panik
  • makan makanan yang boleh membantu merangsang pembentukan susu seperti contoh oatmeal/bijirin, sayuran dan buahan, makanan yang berprotein tinggi seperti soya dan badam
  • amalkan juga makanan sunnah seperti kurma, delima, madu, air zamzam dan susu kambing
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu diluar sana lebih peka. Yang penting jangan mudah panik. Galakan daripada suami dan keluarga juga penting. Jadi lepas ni kalau bersalin lagi dah tahu apa perlu lakukan.. Juga peringatan untuk diri saya! 
Shaklee juga ada menyediakan supplement untuk membantu masalah susu berkurangan. 

UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA SEPERTI DIBAWAH.. 


SHARING IS CARING..





Baca lagi
Comments

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI TEMPAT KERJA UNTUK KEKAL SLIM


Bismillah..
Dalam mood nak menguruskan badan banyak perlu kita lakukan. Bukan setakat pengambilan supplement je. Entri kali ini nak kongsi tips untuk korang yang sedang berdiet dan nak kekal slim. Tapi suasana kita ubah sikit. Kita ambil suasana di tempat kerja. Sebab kebanyakan masa untuk lemak dalam badan tu diproses adalah di waktu siang. Waktu siang pula waktu kita bekerja. Setakat makan supplement tapi pemakanan tak jaga jangan salahkan orang lain pula. Muncul pula kata2 kenapa saya makan tapi still tak nampak kesan. Kenapa lama sangat nak nampak kesan. 
Kadang kala kita rasa kita dah diet, dah kurang makan tapi hakikatnya TIDAK! Nak tahu kenapa sebab cara pemakanan kita tetap tak berubah lagi. Nak pula waktu bekerja. Ada saja makanan penambah lemak, makanan tak seimbang yang menyebabkan berat badan naik. Agak sukar untuk dapatkan makanan sihat di tempat kerja. Kalau diri kategori orang rajin boleh dimaafkan. Tapi rasanya banyak SEBALIKNYA.. 
Antara faktor utama :
  • kesibukan di tempat kerja
  • kesukaran mendapatkan makanan sihat yang seimbang
  • nak menjimatkan masa kerana waktu rehat yang terhad
Disebabkan faktor inilah masalah kegemukan dan diet jadi ke laut!!Jadi watiey ada beberapa tips yang boleh membantu untuk pastikan korang mendapat khasiat pemakanan yang sihat dan betul untuk kekal slim dan selamatkan diet korang.. Jom layan...

JANGAN TINGGALKAN SARAPAN 
  • sarapan merupakan makanan pertama yang badan terima setelah semalaman tidur. Jadi sarapan amat penting untuk meningkatkan produktiviti kerana dapat mengurangkan keletihan, rasa mengantuk dan membantu meningkatkan tumpuan kita. Ini kerana apabila kita bangun dari tidur, metabolisme otak meningkat sehingga memerlukan glukosa sebagai tenaga. 
  • menu cadangan untuk sarapan yang berkhasiat adalah makanan yang memerlukan masa untuk dicerna kerana kita memerlukan tenaga yang lebih sebelum menjelang waktu makan tengah hari. Contoh makanan yang boleh diambil: roti gandum bersama telur dadar (boleh dicampurkan dengan bawang, lada & tomato)

 MAKAN TENGAH HARI

  • makanan tengah hari di tempat kerja penting kerana makanan tengah hari memenuhi keperluan tubuh terhadap serat, protein & 
  • karbohidrat. Menu yang sihat haruslah mengandungi 50% sayur dan buah, 25% protein dan 25% karbohidrat. 
  • tak salah untuk menukar selera sekali sekala tapi pastikan tidak terlalu kerap

MAKANAN RINGAN
  • musuh paling digeruni. Godaan dari makanan yang dibawa oleh rakan sekerja yang kadang kala beraneka macam. Tapi jangan risau, boleh kalau nak makan tapi pastikan tidak mengandungi bahan yang boleh mengundang lemak. Elakkan daripada pengambilan makanan yang digoreng kerana mengandungi lemak yang berlebihan. 
  • menu boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih sihat seperti contoh makanan yang direbus, biskut bijirin, yogurt & coklat. 

MINUM PETANG
  • kopi dan teh merupakan peneman setia waktu minum petang. Kadang kala ia seperti satu tabiat kepada sesetengah individu. Sebenarnya ia boleh diambil tapi pastikan tidak terlalu banyak. 
  • cadangan hidangan minum petang - 1 sudu teh @ kopi dengan setengah sudu gula. Elakkan penggunaan krimer kerana hanya akan menambah kalori

Pastikan pengambilan waktu makan kita bersesuaian. Sebenarnya untuk pastikan kita sentiasa sihat bukan bermakna setiap hari harus makan makanan sihat. TIDAK.. Sekali sekala kita boleh makan makanan yang kita idamkan tapi pastikan kita disiplinkan diri. Hasilnya nanti untung pada kita juga.. 
Jadi selamat mempraktikan tips ni.. SHARING IS CARING

UNTUK PEMBELIAN PRODUK DAN INFO PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 




Baca lagi
Comments

SELAMAT DATANG BULAN SYA'ABAN


Salam Sya'aban diucapkan.. Sepatutnya entri ni diawal kedatangan Sya'aban. Tapi tak kisahlah. Janji dapat dikongsi dengan korang semua. Jom sama2 kita ketahui dengan lebih teliti makna disebalik bulan Sya'aban ni. Supaya kita dapat sama2 memperoleh manfaatnya.. 
Sya'aban membawa maksud 'bulan pemisah' kerana ia memisahkan antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan. Rejab dianggap bulan ujian manakala Ramadhan pula sebagai bulan latihan. Maka Sya'aban yang mulia ini adalah bulan PERSEDIAAN. Persediaan untuk apa?? Persiapan melakukan kebaikan sebanyak mungkin. Dalam bulan Sya'aban ini kita digalakkan untuk bertaubat dan memohon keampunan diatas keterlanjuran disepanjang bulan ini. 
Sabda Rasullah SAW yang berbunyi..
"Sya'aban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku". Sya'aban ialah mengkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani dan rohani). Jadi apa kata kita sambut kedatangan bulan Sya'aban dengan keinsafan dan kesedaran. Caranya dengan:
  • perbanyakkan amal soleh 
  • berpuasa
  • solat sunat
  • menolong meringankan penderitaan fakir miskin
  • membantu meringankan beban anak yatim 
Dalam bulan Sya'aban juga terdapat peristiwa penting. Iaitu MALAM NISFU SYA'ABAN. Malam ke-15 dalam bulan Sya'aban yang nilai malamnya lebih baik daripada seribu bulan! Subhanallah..

                       
Jadi apakata rebut peluang untuk persediaan kita sebelum Ramadhan.. Tak susah nak dapat pahala bukan.. Sesungguhnya Islam itu mudah untuk didalami.. 

SHARING IS CARING

UNTUK PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 


Baca lagi
Comments

ZINC COMPLEX BANTUAN UNTUK ARJUNA


Perlukan bantuan?? Bantuan untuk apa?? Khas untuk Arjuna sahaja!! 
Gempak tak entri kali ini??!! Sekadar nak membantu. Asyik tengok Dara je mantap sana sini. Hebatkan aset atas bawah. Takkan Arjuna nak kekal ditahap sama.. Sampai bila?? huhuhu.. Jadi entri kali ni nak bagi peluang pada Arjuna pulak.. ZINC COMPLEX BANTUAN UNTUK ARJUNA!!

Firstly,
 Bismillah..Assalam.. 
Zinc mempengaruhi kesuburan lelaki, potensi nafsu seks dan kesihatan seksual jangka panjang. Zinc penting untuk kaum lelaki kerana 10 kali ganda lebih dari organ lain yang terdapat dalam prostat lelaki terdiri daripada Zinc. Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai tahap Zinc yang rendah dalam badan menghasilkan sperma yang kurang berkualiti. Dalam kajian yang dijalankan di Australia yang disiarkan dalam "Asian Journal of Andrologi" pada tahun 2009, penyelidik menkaji kesan zinc pada 458 orang lelaki. Hasilnya mendapati bahawa tahap Zinc dalam badan telah dikaitkan dengan jumlah sperma, proses yang dipanggil spermatogenesis. Ia juga mendapati bahawa kekurangan Zinc boleh membawa kepada disfungsi gonad dan penurunan berat testis dan boleh mengurangkan tahap testosteran. 



BAGAIMANA ZINC COMPLEX SHAKLEE MEMBANTU 
Zinc Complex dirumus dari Zinc Glukonat Semulajadi yang bergabung dengan nutrien semulajadi yang lain seperti kalium dan serbuk Alfalfa untuk menghasilkan Zinc yang mudah diserap oleh badan. Zinc Complex juga membantu pengeluaran sperma selain berfungsi  membantu dalam meningkatkan kualiti sperma. Zinc Complex membantu mengoptimumkan fungsi kelenjar prostat dan membantu mengurangkan potensi pada kanser prostat dan pembesaran prostat. Ia juga bertindak meningkatkan paras testeron dalam badan untuk hubungan seksual yang baik!
Pengambilan Zinc Complex dapat menghalang pertumbuhan hormon wanita dalam badan lelaki dan secara langsung merencatkan pertumbuhan buah dada pada lelaki! Sebab itu tak mustahil lelaki pun boleh hamil! Zinc Complex juga kaya dengan khasiat yang sama terdapat dalam minyak ikan dimana bagus untuk mereka yang mengalami masalah keletihanan dan kelesuan. 



LAIN2 KHASIAT ZINC COMPLEX UNTUK ARJUNA
  • membantu masalah organ seks lambat matang
  • membantu perkembangan testikal terbentuk
  • meningkatkan kiraan sperma yang rendah
  • mengatasi masalah penuaan pra-matang
  • mengatasi kemerosotan fungsi seksual
  • membantu masalah mati pucuk
Bagi Arjuna diluar sana, pastikan kesihatan dalaman sentiasa baik. Ini kerana seorang lelaki bukan hanya perlu nafsu yang sihat sahaja. Tetapi memerlukan sperma yang aktif yang mampu bergerak dengan pantas. Sel sperma perlu kuat dan mempunyai ketahanan yang tinggi dalam memastikan tahap kesuburan terjamin. Sedikit info tentang penggunaan Zinc Complex dalam badan seorang lelaki, setiap ejakulasi boleh mengeluarkan sehingga 5mg Zinc atau hampir keseluruhan daripada jumlah keperluan harian manusia! Jadi segera dapatkan Zinc Complex Shaklee sekarang!!

UNTUK PEMBELIAN PRODUK SHAKLEE DAN INFO LANJUT TENTANG PRODUK DAN PEMBELIAN, BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI TERTERA DIBAWAH.. 







Baca lagi
Comments

CIRIT BIRIT.. KENALI PUNCA, TANDA DAN CARA ATASINYA


Bismillah.. 
Entri kali ni nak kongsi pengetahuan pasal anak kena cirit birit. Dua minggu lepas anak saya, Ammar Hadiff cirit birit dekat seminggu. Hati seorang ibu, kalau dah tiap masa asyik tukar pampers, punggung anak dah melecet tak senang duduk dibuatnya. Nak bagi makan ubat takut kesan sampingan. Jadi nak tahu cara paling selamat kena google jelah.. Jadi entri kali ni nak kongsi serba sedikit tentang anak kena cirit birit. Happy reading... 

CIRIT BIRIT
Punca cirit birit adalah disebabkan oleh virus rotavirus. Boleh dikatakan semua kanak - kanak yang berusia bawah dari lima tahun akan dijangkiti virus ini. Rotavirus adalah penyebab berlakunya cirit birit atau enfeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan terjejas itu kemudiannya mengeluarkan cecair (cirit birit). 

PUNCA / PENYEBAB
Ada banyak kemungkinan terjadinya ciri birit. Tapi dikalangan kanak - kanak selalunya disebabkan oleh beberapa punca antaranya:
  • terminum air yang tercemar
  • inteloren makanan (laktosa)
  • susu formula yang disediakan kurang sempurna
  • selsema
  • keracunan makanan
  • alergi
  • kekurangan enzim
 Jadi, sebagai ibu bapa apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini..
Baca lagi
Comments

VITAMIN E SHAKLEE PROMOSI JUN 2014

Berita baik untuk pengguna tegar Vitamin E! Nak tahu apa itu Vitamin E?? Khasiatnya untuk tubuh kita?? jom baca kat bawah ni... Jadi happy reading untuk korang semua..
Pejam celik dah masuk bulan JUN! Sedia maklum setiap bulan akan ada item promosi dari Shaklee SEMESTINYA!!! Untuk bulan ni kita ada VITAMIN E!! Sesuai sangat dalam mood nak menjelang raya ni.. hehehe.. Entri kali ni nak cerita pasal VITAMIN E dan khasiatnya.. Penting untuk tahu khasiat sesuatu produk tu sebelum nak mencuba.. betul tak?? 

APA ITU VITAMIN E
VITAMIN E merupakan salah satu antioksidan yang penting dalam pencegahan kanser dan penyakit kardivaskular. Vitamin E juga berperanan dalam memperbaiki peredaran darah yang diperlukan untuk memperbaiki tisu. Vitamin E merupakan vitamin larut lemak yang disimpan dalam organ tubuh seperti hati, jantung, kelenjar pituitari, testis, uterus, darah dan otot. Vitamin E juga boleh didapati daripada sumber makanan . Antaranya ialah minyak sayuran, sayuran berdaun hijau gelap, kacang, biji-bijian, semua bijirin, beras perang, telur, makanan daripada jagung, telur, rumpai laut, susu, oat, daging organ, kacang soya, ubi kentang, gandum dan banyak lagi.. Vitamin E tidak kekal dalam badan jadi kita kena sentiasa pastikan badan kita mempunyai bekalan Vitamin E yang secukupnya. Persoalannya, mampu ke nak makan semua jenis sumber makanan macam watiey list dekat atas ni?? Jadi untuk penyelesaiannya.. Korang perlukan VITAMIN E SHAKLEE.. Vitamin terbaik untuk keperluan kita..

sumber makanan yang kaya dengan vitamin E


KESAN KEKURANGAN VITAMIN E
Sebelum nak perkenalkan cik Vitamin E Shaklee apakata kita tengok kesan akibat kekurangan Vitamin E. Antara kesannya:-
  • mudah radang & onderma (pengumpulan air dalam tisu)
Baca lagi
Comments

B Complex dan Khasiatnya

Bismillah..
Assalammualaikum buat semua. Entri kali ni nak share pasal B Complex atau vitamin B. Tahu tak kenapa kita perlukan vitamin B ni? Kenapa dan Apakah fungsinya pada kita? Selalu kita dengar Vitamin A, E, C.. Jarang kan dengar pasal vitamin B. Tapi sebenarnya vitamin B ini lagi banyak khasiatnya untuk badan kita.
Vitamin B adalah salah satu daripada vitamin yang diperlukan oleh tubuh kita. Vitamin B mudah larut dalam air dan tidak dihasilkan oleh tubuh kita. Berdasarkan kajian, vitamin B dapat mengatasi kepenatan dan kegelisahan dimana ianya merupakan faktor yang menyebabkan gejala penyakit lain.Uniknya B Complex ini adalah terdapat dalam banyak jenis vitamin B. Semuanya mempunyai manfaat yang berlainan pada tubuh kita. Vitamin B ni terdapat dalam sayuran hijau, biji-bijian, susu dan daging.


B COMPLEX SHAKLEE
B Complex Shaklee terdiri daripada 8 jenis vitamin B dan beberapa gabungan lain yang membantu dalam mengatasi masalah kesihatan dan membekalkan tenaga untuk kesihatan badan kita.
Gabungan vitamin yang terdapat dalam B Complex Shaklee:-
~B1 (THIAMIN)
~B2 (RIBOFLOVIN)
~B3 (NIACIN)
~B5
~B6 (PYRIDOXINE)
~B12 (COBALAMINE)
~ASID FOLIC
~ASID PANTHOTHENIC
~BIOTIN

KHASIAT B COMPLEX
  • menukarkan makanan kepada tenaga
  • mencegah anemia
  • meredakan senggugut
  • melawan tekanan
  • baik untuk mata
  • membaiki masalah kulit kepala & kelemumur
  • meredakan alahan
Banyak kan khasiat B Complex ni?? Jadi untuk pastikan kita dapat semua khasiat ni kenalah amalkan pengambilan B Complex.. Sebotol B Complex tahan untuk 4 bulan tau. Amat berbaloi.. 

NAK ORDER DENGAN WATIEY..
BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN..
NAK JADI AHLI GROUP KAMI?? BOLEH JUGAK HUBUNGI WATIEY.. FROM A TO Z WE'LL GUIDE U.. 










Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top