Pastinya bagi wanita yang baru bergelar ibu, masalah kekurangan susu adalah MASALAH UTAMA. Keluhan seperti "susu tak ada", memang ayat sinonim di awal kelahiran. Yang dah berpengalaman bersalin anak kedua ke ketiga ke turut akan melalui masalah ini. Ini pula ibu yang baru pertama kali melahirkan. Jadi entri kali ni saya nak kongsikan TIPS UNTUK MERIAHKAN SUSU BADAN. Semoga selepas ni boleh kita praktikkan dan dah tak perlu nak risau2 lagi!
TIPS UNTUK MEMERIAHKAN SUSU
- urutan dapat merangsang pengeluaran susu. Lakukan urutan lembut disekeliling payudara sebelum menyusukan
- mandi dengan air panas juga boleh merangsang pengeluaran susu ibu
- amat penting untuk kita memulakan penyusuan seawal setengah jam kelahiran
- kerapkan tempoh penyusuan untuk merangsang atau mendapatkan stimulasi
- bertenang dan fahami situasi. Penting untuk ibu bertenang dan memahami situasi kerana ia juga dapat merangsang pengeluaran susu dengan lebih baik berbanding ibu yang panik
- makan makanan yang boleh membantu merangsang pembentukan susu seperti contoh oatmeal/bijirin, sayuran dan buahan, makanan yang berprotein tinggi seperti soya dan badam
- amalkan juga makanan sunnah seperti kurma, delima, madu, air zamzam dan susu kambing
Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu ibu diluar sana lebih peka. Yang penting jangan mudah panik. Galakan daripada suami dan keluarga juga penting. Jadi lepas ni kalau bersalin lagi dah tahu apa perlu lakukan.. Juga peringatan untuk diri saya!
Shaklee juga ada menyediakan supplement untuk membantu masalah susu berkurangan.
UNTUK INFO LANJUT DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI SAYA SEPERTI DIBAWAH..
SHARING IS CARING..