Comments

TIPS PEMAKANAN SIHAT DI TEMPAT KERJA UNTUK KEKAL SLIM


Bismillah..
Dalam mood nak menguruskan badan banyak perlu kita lakukan. Bukan setakat pengambilan supplement je. Entri kali ini nak kongsi tips untuk korang yang sedang berdiet dan nak kekal slim. Tapi suasana kita ubah sikit. Kita ambil suasana di tempat kerja. Sebab kebanyakan masa untuk lemak dalam badan tu diproses adalah di waktu siang. Waktu siang pula waktu kita bekerja. Setakat makan supplement tapi pemakanan tak jaga jangan salahkan orang lain pula. Muncul pula kata2 kenapa saya makan tapi still tak nampak kesan. Kenapa lama sangat nak nampak kesan. 
Kadang kala kita rasa kita dah diet, dah kurang makan tapi hakikatnya TIDAK! Nak tahu kenapa sebab cara pemakanan kita tetap tak berubah lagi. Nak pula waktu bekerja. Ada saja makanan penambah lemak, makanan tak seimbang yang menyebabkan berat badan naik. Agak sukar untuk dapatkan makanan sihat di tempat kerja. Kalau diri kategori orang rajin boleh dimaafkan. Tapi rasanya banyak SEBALIKNYA.. 
Antara faktor utama :
  • kesibukan di tempat kerja
  • kesukaran mendapatkan makanan sihat yang seimbang
  • nak menjimatkan masa kerana waktu rehat yang terhad
Disebabkan faktor inilah masalah kegemukan dan diet jadi ke laut!!Jadi watiey ada beberapa tips yang boleh membantu untuk pastikan korang mendapat khasiat pemakanan yang sihat dan betul untuk kekal slim dan selamatkan diet korang.. Jom layan...

JANGAN TINGGALKAN SARAPAN 
  • sarapan merupakan makanan pertama yang badan terima setelah semalaman tidur. Jadi sarapan amat penting untuk meningkatkan produktiviti kerana dapat mengurangkan keletihan, rasa mengantuk dan membantu meningkatkan tumpuan kita. Ini kerana apabila kita bangun dari tidur, metabolisme otak meningkat sehingga memerlukan glukosa sebagai tenaga. 
  • menu cadangan untuk sarapan yang berkhasiat adalah makanan yang memerlukan masa untuk dicerna kerana kita memerlukan tenaga yang lebih sebelum menjelang waktu makan tengah hari. Contoh makanan yang boleh diambil: roti gandum bersama telur dadar (boleh dicampurkan dengan bawang, lada & tomato)

 MAKAN TENGAH HARI

  • makanan tengah hari di tempat kerja penting kerana makanan tengah hari memenuhi keperluan tubuh terhadap serat, protein & 
  • karbohidrat. Menu yang sihat haruslah mengandungi 50% sayur dan buah, 25% protein dan 25% karbohidrat. 
  • tak salah untuk menukar selera sekali sekala tapi pastikan tidak terlalu kerap

MAKANAN RINGAN
  • musuh paling digeruni. Godaan dari makanan yang dibawa oleh rakan sekerja yang kadang kala beraneka macam. Tapi jangan risau, boleh kalau nak makan tapi pastikan tidak mengandungi bahan yang boleh mengundang lemak. Elakkan daripada pengambilan makanan yang digoreng kerana mengandungi lemak yang berlebihan. 
  • menu boleh ditukar kepada sesuatu yang lebih sihat seperti contoh makanan yang direbus, biskut bijirin, yogurt & coklat. 

MINUM PETANG
  • kopi dan teh merupakan peneman setia waktu minum petang. Kadang kala ia seperti satu tabiat kepada sesetengah individu. Sebenarnya ia boleh diambil tapi pastikan tidak terlalu banyak. 
  • cadangan hidangan minum petang - 1 sudu teh @ kopi dengan setengah sudu gula. Elakkan penggunaan krimer kerana hanya akan menambah kalori

Pastikan pengambilan waktu makan kita bersesuaian. Sebenarnya untuk pastikan kita sentiasa sihat bukan bermakna setiap hari harus makan makanan sihat. TIDAK.. Sekali sekala kita boleh makan makanan yang kita idamkan tapi pastikan kita disiplinkan diri. Hasilnya nanti untung pada kita juga.. 
Jadi selamat mempraktikan tips ni.. SHARING IS CARING

UNTUK PEMBELIAN PRODUK DAN INFO PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top