Comments

CIRIT BIRIT.. KENALI PUNCA, TANDA DAN CARA ATASINYA


Bismillah.. 
Entri kali ni nak kongsi pengetahuan pasal anak kena cirit birit. Dua minggu lepas anak saya, Ammar Hadiff cirit birit dekat seminggu. Hati seorang ibu, kalau dah tiap masa asyik tukar pampers, punggung anak dah melecet tak senang duduk dibuatnya. Nak bagi makan ubat takut kesan sampingan. Jadi nak tahu cara paling selamat kena google jelah.. Jadi entri kali ni nak kongsi serba sedikit tentang anak kena cirit birit. Happy reading... 

CIRIT BIRIT
Punca cirit birit adalah disebabkan oleh virus rotavirus. Boleh dikatakan semua kanak - kanak yang berusia bawah dari lima tahun akan dijangkiti virus ini. Rotavirus adalah penyebab berlakunya cirit birit atau enfeksi usus. Infeksi ini menjejaskan lapisan dalaman usus. Lapisan terjejas itu kemudiannya mengeluarkan cecair (cirit birit). 

PUNCA / PENYEBAB
Ada banyak kemungkinan terjadinya ciri birit. Tapi dikalangan kanak - kanak selalunya disebabkan oleh beberapa punca antaranya:
  • terminum air yang tercemar
  • inteloren makanan (laktosa)
  • susu formula yang disediakan kurang sempurna
  • selsema
  • keracunan makanan
  • alergi
  • kekurangan enzim
 Jadi, sebagai ibu bapa apa yang perlu kita lakukan untuk mengatasi masalah ini..
  • pertama sekali kita kena pastikan kita bebas dari kotoran. Caranya dengan sentiasa mengamalkan amalan membasuh tangan sebelum menyediakan atau melakukan sesuatu untuk anak kita
  • pastikan makanan dan minuman yang diberikan benar-benar bersih
  • jangan menyentuh atau menggunakan papan pemotong yang sama untuk makanan yang dimasak atau belum dimasak
  • elakkan makanan dari terdedah
Tetapi selalunya perkara yang nak dielakkan apabila berlaku cirit birit adalah dehidrasi. Tahu tak apa itu dehidrasi. Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cairan ataupun air yang terdapat pada tubuh. Ini disebabkan pengeluaran air dari badan secara berlebihan. Antara tanda berlakunya dehidrasi:
  • lemah dan lesu 
  • ubun2 menurun
  • kulit dan bibir jadi kering
  • tak mahu minum air
  • tangan dan kaki pucat
  • air kencing berwarna kuning pekat
  • cirit birit yang disertai dengan muntah2
Jika tanda seperti diatas ada pada anak maka dinasihatkan untuk merujuk segera pada pakar. Ada beberapa langkah yang boleh kita ambil untuk mengatasi masalah cirit birit:
  • minum air yang banyak 
  • elakkan makanan bersusu 
  • jika susu formula, cairkan bancuhan susu tersebut
  • elakkan beri makanan yang berlemak, daging dan sayuran mentah 
  • jika menyusu badan, teruskan penyusuan 
  • elakkan penggunaan ubat cirit birit 
  • pantau anak dari segi fizikal dan tingkah laku
 Sekarang mungkin dah boleh agak kenapa anak kita boleh terkena cirit birit. Semoga dengan perkongsian ini dapat kita sebagai ibu bapa berhadapan dengan situasi ini. Saya pun selepas kaji balik dah tahu punca kenapa Ammar Hadiff cirit birit. Tapi sekarang dah sihat! Nak pulak lepas bagi MEALSHAKE!! Makin bertambah selera makan. 

SHARING IS CARING!! 

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN PRODUK SHAKLEE BOLEH HUBUNGI SEPERTI DIBAWAH.. 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top