Comments

HEALING CRISIS.. SEJAUH MANA ANDA TAHU

Bismillah..
 HEALING CRISIS.. sejauh mana anda tahu akan maksudnya.. Healing Crisis atau dalam bahasa dipanggil krisis penyembuhan adalah proses dimana badan seseoarang individu itu melalui jangkamasa pembersihan dan pembinaan semula. Sel badan akan mula menyingkirkan sisa toksik yang telah lama terkumpul dalam badan. Semasa proses ini berlaku, badan akan mengalami tanda dan simptom yang kurang selesa. Bilamana proses ini terjadi itulah yang timbulkan gejala kurang sihat seperti muntah, pening, jerawat dan banyak lagi.


Sebenarnya jika berlaku Healing Crisis pada kita ia menunjukan petanda baik. Ini disebabkan kerana ia menunjukkan kepada kita bahawa supplement yang kita ambil itu sedang bertindak balas dengan badan kita. Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa kesihatan mereka semakin teruk, tetapi sebenarnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan petanda badan kita sedang melalui proses penyembuhan yang sebenar!
Setiap daripada kita tidak akan mengalami Healing Crisis yang sama. Ini bergantung pada tahap kandungan toksik dalam badan seseorang. Semakin teruk kandungan toksik dalam badan maka semakin serius penangan Healing Crisis yang akan dialami. Tapi jangan risau, kerana simptom Healing Crisis ni tidaklah mengambil masa yang lama. Tapi bergantung ke arah tindakan susulan yang diambil. 

SIMPTOM BERLAKUNYA HEALING CRISIS
Antara beberapa faktor berlakunya Healing Crisis selepas pengambilan supplement memang banyak. Sebab tu disarankan kepada korang semua jangan mudah panik jika berlaku sesuatu yang berbeza selepas pengambilan supplement. Ini kerana ada segelintir yang tak tahu tentang Healing Crisis ni mudah melatah dan akhirnya menyalahkan supplement.. Jom kita tengok punca dan simptom terjadinya Healing Crisis.. 


LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL UNTUK ATASI HEALING CRISIS

MINUM BANYAK AIR PUTIH/MASAK
~ ini kerana air merupakan bendalir yang boleh membawa keluar toksin dalam badan melalui beberapa proses seperti berpeluh, buang air kecil atau melalui pembuangan najis. 

MAKANAN YANG BERZAT DAN MUDAH DIHADAM
~ini dapat membantu badan bagi keperluan terhadap nutrisi 

REHAT YANG SECUKUPNYA
~ini penting untuk membantu badan mengeluarkan toksin 

LEBIHKAN PENGAMBILAN BUAH-BUAHAN DAN SAYURAN 
~membantu memberi tenaga dan zat 

BERUS BADAN DENGAN BERUS YANG LEMBUT
~ini dapat merangsang sistem limfatik dan pengaliran darah dibahagian kulit

REHAT YANG SECUKUPNYA
~ini penting untuk membantu badan mengeluarkan toksin tersebut

KURANGKAN PENGAMBILAN DOS
~penting untuk pastikan sejauh mana kesan

Semoga dengan perkongsian tentang Healing Crisis ni terjawab segala kekusutan kenapa makan supplement jadi macam ini.. macam itu.. Nasihat watiey jika boleh teruskan pengambilan untuk kesan yang jauh lebih baik. Tapi jika berlarutan boleh dapatkan nasihat pakar.. 

UNTUK PEMBELIAN SUPPLEMENT SHAKLEE BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.. 
BERMINAT NAK JOIN GROUP KAMI.. PUN BOLEH HUBUNGI WATIEY.. FROM ZERO TO HERO.. 









Baca lagi
Comments

KHASIAT BAWANG PUTIH

Bawang Putih.. sapa suka makan bawang putih? Rasanya tak ramai penggemar bawang putih. Tapi watiey suka bawang putih. Nak pulak time masak maggi. Mesti letak berlambak!! hehehe.. Untuk entri kali ni nak kongsi tentang khasiat Bawang Putih. Semua sedia maklum bawang putih ni penambah rasa dalam masakan. Kalau menggoreng tak letak bawang putih memang rasa kekurangan. Betul kan? Tapi tahu tak sebenarnya bawang putih ni banyak lagi khasiat lain? 


Bawang Putih atau nama saintifiknya Allium Sativum merupakan sejenis tumbuhan dari keluarga Alliaceace sama seperti bawang merah, bawang besar dan kucai. Bawang Putih kaya dengan vitamin B, C dan A serta mengandungi selenium, posstasium kalsium, zink dan banyak lagi. Khasiat yang banyak dalam bawang putih sangat baik untuk kesihatan badan kita. Walaupun baunya kurang menyenangkan tapi tengok saja pada kandungan vitamin dia. Hebat kan? 

KHASIAT BAWANG PUTIH
  • mengurangkan risiko strok / kanser
  • anti bakteria / antivirus
  • antiflamasi
  • mengandungi banyak iodin 
  • membantu sistem pencernaan 
  • meningkatkan sistem imunisasi
  • kurangkan kolestral dalam badan
  • merendahkan tekanan darah 
  • membantu mengawal gula dalam darah 
Selain itu, bawang putih juga boleh digunakan untuk meredakan demam dan selsema pada anak kita. Cara yang mudah dengan menumbuk bawang putih dan diletakkan dibawah tapak kaki anak kita untuk memberi rasa hangat pada mereka. Bawang putih juga dapat merawat parasait dalam dan luar kuku. Untuk dapatkan kuku yang cantik apa kata cuba petua ni. 

BAIK UNTUK PULIHKAN BISUL DAN PENYAKIT KULIT
Bawang putih juga sesuai digunakan untuk memulihkan bisul. Dengan cara menempekkan bawang putih yang sudah dilumatkan pada atas dan kawasan sekitar bisul. Bawang putih bertindak mengecutkan kesan bengkak pada bisul sekaligus meredakan. Apakata cuba cara ni jika korang terkena bisul. Modal pun tak keluar dan mudah untuk didapati. 
Khasiat yang terdapat dalam bawang putih juga dapat menghilangkan ketuat atau kutil daging kulit yang berlebihan. Antara contohnya adalah tahi lalat hidup. Selain elok untuk masalah kulit lain seperti fungus dan panau. 

Untuk kesegaran badan dari keletihan apa kata cuba resepi ini dirumah. Mudah dan simple. Sup Bawang Putih Panggang dan secawan teh hijau. Memang terangkat! Lepas ni watiey rasa ramai yang akan menyukai bawang putih. Rugi sangat pada yang kurang suka pada bawang putih tu kerana banyak terlepas khasiat bawang putih. Tapi untuk cari alternatif lain, korang boleh juga try Garlic Complex Shaklee.. 
Hanya telan je.. Dah tak perlu fikir tentang bau, rasa.. Khasiatnya sama dengan bawang putih asli.. 


UNTUK PEMBELIAN DAN INFO LANJUT BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH, 
FREE KONSULTASI UNTUK MEMBANTU ANDA DALAM PENGAMBILAN PRODUK YANG BETUL..






Baca lagi
Comments

AWAS SHAKLEE MERBAHAYA

Entri thriller jer.. Haaa.. Memang pun. Korang tahu tak kenapa Shaklee ni MERBAHAYA? Meh nak bagitau rahsia tentang Shaklee.. Watiey yakin lepas baca ni korang akan berfikir dan terus berfikir.
Nak join shaklee?? Sama je soalan macam kita nak masuk mana2 bisnes lain. Kalau kita tengok dalam laman sesawang sekarang bersepah orang tunjuk kejayaan sana sini.. Pegang duit berkepok2 dengan tagline.. "SAYA DAH BERJAYA!".. Tapi ada ke yang tahu betul ke duit dia.. Kenapa gambar duit dengan tangan je.. Mana gambar sebenar.. Tapi pernah ke kita tengok mereka yang join Shaklee buat macam tu? Haaaa.... Ini nak cite kenapa... Senang je.. Sebab kami sume tak nak korang terkejut!! Kami nak korang rasa sendiri. Sebab Shaklee ni bukan Jualan Langsung..
Untuk join ahli sebanyak RM75 untuk seumur hidup sangat murah dan berbaloi sebenarnya. Dengan permulaan dalam Shaklee dengan duit sebanyak tu, pulangan yang akan kita dapat berbaloi2. Lagi pulak terdapat group2 yang boleh kita join untuk mengembangkan lagi empayar. Macam watiey, bersyukur sangat2 sebab dapat kenal dengan group VOW yang banyak membantu watiey dalam menjalankan bisnes Shaklee ni. Dan kami dalam group ni kebanyakannya hanyalah WAHM!! Yang rata2 pendapatan dah lebih dari 4 angka!



GROUP HEBAT
Kenapa watiey cakap group ni hebat sebab kami berada di seluruh Malaysia. Walaupon tak pernah jumpe tapi kami ada hubungan yang kuat melalui rangkaian sosial. Kami buat class secara online beramai2 untuk kongsi ilmu. Kami support each other kalau kami perlukan bantuan. Kami kongsi ilmu kalau kami perlukan info. Macam mana kami buat?? Kan dah banyak rangkaian sosial sekarang. Whatsapp ada.. Telegram ada... Facebook pun ADA! Walaupun jauh tapi kemesraan tu terasa. So takde lah kata tak tahu nak mulakan bisnes. Kerana ada ramai yang sudi membantu. Support team yang kuat menanti untuk tolong kita tau!
Yang paling best, kelas secara PERCUMA untuk mereka yang nak start bisnes.. Nak tahu tentang produk dan macam2 lagi lah. Yang diajar oleh mereka yang dah berpengalaman dan dah bergelar Jutawan dah pun! Ilmu memang banyak. Tapi yang bestnya tak perlu nak berjumpa untuk kelas. Tak ada perjumpaan untuk meeting. Hanya dengan TELEFON jer kami berhubung. Sambil duduk rumah layan suami, layan anak pun dapat ilmu tau!

REWARD BEST
Selain dari pulangan berbentuk CASH dari Shaklee setiap tengah bulan. Dalam group jugak kita akan direward setiap kali kita naik rank. Jika kita berjaya sahut cabaran untuk setiap bulan jangan terkejut kalau dapat sesuatu yang memang tak dijangka dari Leaders!! Syok.. Sapa nak bagi kan?? Sebenarnya ini sebagai push factor untuk kita.
Bukan niat nak memuji lebih2 tapi hakikat sebenar. Hadiah yang uppline bagi bukan nak menunjuk tapi nak bagi semangat untuk yang lain supaya usaha kalau nak dapat macam kawan2 yang lain dapat.. Bagi yang kurang bernasib baik jangan ingat kita akan ketepikan. Dalam group ni ada grooming class untuk memantapkan lagi skill setiap daripada kami untuk merasa apa yang mereka yangberjaya dah rasai. Jadi bila dah join nanti jangan terkejut pulak banyak banyak group grooming menanti dan bersedia untuk membantu korang.



SAYANG 
Kesimpulan yang dapat watiey bagi adalah pengalaman yang dapat dalam join group ni. Memang seronok. Selain sibuk bantu diri untuk mahir dalam bisnes tapi juga bekalan rohani yang dikongsi bersama. Serius memang selepas dah join group ni makin baik amalan daku. Kalau dulu kurang tahu bab yang sunat sekarang dah tahu.. Kalau dulu kurang ilmu yang wajib sekarang alhamdulillah.. Dalam group ni pun ada panggilan mesra untuk kami merapatkan hubungan kami.. Saya ada mak muda, mak sedara, nanny, grandnanny.. Syok tau..

Kalau korang nak merasa sendiri hebatnya group VOW ni,, Seronoknya nak jadi WAHM,, Mudahnya nak belajar sesuatu yang baru.. Meh nak tunjuk jalan kat korang.. Pasti tak nyesal,,,
mana nak dapat group support yang tak makan sorang?? Fikirkan lah uols...

UNTUK SEBARANG PERTANYAAN,, BOLEH HUBUNGI KAT BAWAH NI..



Baca lagi
Comments

SET RAMBUT GUGUR BUDGET SHAKLEE

Rambut bermasalah?? Rambut gugur?? Terus terang nak kongsi pengalaman watiey sendiri. Dulu lepas lahirkan anak perempuan daku, habis pantang je dah mula rambut gugur. Mula ingatkan normal tapi makin hari makin bertambah. Bayangkan nak ikat rambut berapa kali punya silang baru getah ketat. Berapa kali tukar syampoo pun makin teruk ada. Pakai petua orang lama dah sapu macam2 masih tak jalan juga. Sekali tengok dah macam sakit leukimia pun ada. Pening kepala memikirkan. 

tiap kali sikat mesti jadi macam ni

Malu dekat cik somi tahu sebab dia pun dah tegur rambut makin sikit.. Dah boleh nampak kulit kepala. Tapi sayangnya masa tu, belum bertemu dengan SET RAMBUT GUGUR BUDGET SHAKLEE. Kalau tak rasanya tak ada nak pening2 macam ni. Adus panjang betul flash back daku..... huhuuhu
Entri kali ni nak kongsi pengalaman selepas gunakan SET RAMBUT GUGUR BUDGET SHAKLEE selepas melahirkan anak yang lelaki daku tahun lepas. Masa tu ambil SET MILKBOOSTER SHAKLEE untuk bantuan penyusuan. Tambahan ambil ZINC sebab nak sembuhkan luka akibat pembedahan (bersalin operation). Zinc ni bantu sembuhkan luka2. Dekat sebulan makan masih tak perasan lagi. Lama kelamaan baru perasan kenapa kali ni rambut tak gugur pulak?? Selalu dah gugur dah rambut. Masih lagi menkaji punca kenapa rambut tak gugur. 
Akhirnya merujuk pada kebaikan produk baru tahu rupanya penangan ambil ESP, ZINC. Disebabkan sebelum ni tak tahu kebaikan lain produk Shaklee ni. Bagusnya Shaklee setiap satu supplement dia ada kebaikan bukan hanya untuk 1 jenis penyakit atau masalah tapi kandungan nutrisi semulajadi dalam setiap supplement Shaklee boleh membantu mengatasi beberapa masalah lain! Hebatkan? 
Jom tengok rupa Set Rambut Gugur Budget Shaklee. 

SET RAMBUT GUGUR BUDGET SHAKLEE 
Watiey amalkan pengambilan 2 supplement ini dan hasilnya rambut tak gugur dah macam dulu2. Tapi set yang watiey ambil ni hanya SET RAMBUT GUGUR BUDGET Shaklee. Ada set lengkap yang mengandungi lebih banyak supplement.Watiey pun dah rekemen pada kawan, mak cik2 dan hasilnya sangat memberangsangkan. Jadi pada korang yang pening kepala rambut asyik gugur tu apa kata cuba SET RAMBUT GUGUT BUDGET SHAKLEE ni. Hasilnya korang sendiri yang akan terperanjat nanti.. 
Untuk info dan pembelian boleh hubungi watiey spt dibawah..




Baca lagi
Comments

TAMBAH BERAT BADAN DENGAN SHAKLEE

Apa yang boleh korang katakan berkenaan dengan gambar yang ada kat atas ni?? Watiey tak cakap eh... Korang yang cakap!!! Hahahaha
Gambar kat atas ni berkaitan dengan entri watiey kali ni. Sebelum tu nak ucapkan...


Jom berbalik pada entri kita. Tambah berat badan dengan Shaklee. Siapa yang perlu tambah berat badan? Mereka yang berat badan yang kurang. Yang solid lebih dari normal. Pendek kata yang macam dekat atas tu.. Tahu tak BMI korang? BMI pun tak tahu? BMI adalah singkatan dari Body Mass Indexs atau dalam disebut juga sebagai Indeks Jisim Badan yang merupakan ukuran yang digunakan untuk menilai perbandingan tinggi dan berat seseorang. Melalui kaedah ini kita boleh tahu adakah kita dalam kategori KURUS, GEMUK, SEDERHANA dan sebagainya. Cuba tengok dibawah ni cara untuk ketahui BMI kita dan apakata cuba sekarang!


Jika korang berada dalam kiraan kurang 18.5kg itu menunjukkan korang berada dalam kategori orang kurus! Untuk berat badan normal kita perlu lebih dari 18.5kg.. 

BAGAIMANA CARA UNTUK DAPATKAN BERAT BADAN IDEAL / NORMAL

Untuk menambah berat badan bukanlah sesuatu yang mustahil. Tak semua orang boleh makan banyak.. Tak semua orang boleh terima pengambilan sesuatu produk. Tapi nak perkenalkan korang dengan set TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE yang memang mudah diambil dan berkesan. Dalam set ni ada 3 supplement yang hebat yang akan membantu kita mendapatkan berat badan yang lebih ideal. Pengalaman menjual set ni memang awsome sebab antara yang ambil set ni mesti repeat order, ada yang pm untuk ceritakan pengalaman dah berjaya tambah berat badan. Jom tengok set TAMBAH BERAT BADAN SHAKLEE ni ada apa dan apa khasiatnya.. 

Baca lagi
Comments

MENYESAL SUNGGUH JOIN SHAKLEE.. RUGI SANGAT - SANGAT!!

Entri kali ni nak bagitau satu kisah benar.. Kekesalan daku dan rasa kerugian yang amat bila join shaklee ni.. Kalau daku tahu macam ni punya BEST dah lama daku JOIN! Kalau aku tahu dengan modal serendah RM75 aku boleh dapat pulangan lumayan. Kalau aku tahu mungkin sekarang dah dekat2 nk bergelar "J". Bukan "Miss J" ok!! J yang ni bukan calang2 orang dapat. Mungkin sekarang pendapatan dah banyak 0 0 0 0 0..
Seingat aku masa mula join dulu hanya untuk makan sendiri. Pulangan pada bulan pertama join hanya 2 angka sebab tak tahu rupanya produk Shaklee ni memang orang berlumba2 cari. Menyesal sebab tak tahu rupanya Shaklee ni dah berpuluh tahun dekat Malaysia ni sampaikan nenek aku pun dulu pernah makan produk Shaklee ni. Kalau aku tahu dah aku join lama dah. Semua disebabkan perasaan kurang percaya dengan produk jualan yang aku ingatkan Shaklee juga salah satu daripadanya. Hakikatnya TIDAK SAMA SEKALI. 
Mana tak menyesal tengok kawan2 lain dapat CAR BONUS Shaklee bagi. Dapat pulak tiket Trip pergi ke Luar negara!! Paling syok tengok dah ramai berpeluang tunaikan ibadah UMRAH ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Sekarang aku bertekad nak jugak merasa semua yang dorang dapat. Lagi syok dalam group aku ada ramai wanita2 hebat yang berjaya. Yang mana income bulanan dah cecah 5,6 angka! Setiap masa update status holiday sana sini. Hati mana tak meruntun tengok depan mata. Bukan calang2 orang yang ada dalam group aku. Semua bekerjaya hebat hinggakan ada yang dah bergelar Work At Home Mum (WAHM). Semuanya penangan Shaklee.
Alhamdulillah setelah aku join shaklee ni, dapat juga meringankan suami. Dapat juga nak bantu keluarga. Niat aku sekarang untuk tebus rasa kesal untuk buat keluarga lebih selesa. Insyaallah. Tak mustahil sebab dalam Shaklee tak ada rangkaian berantai untuk berjaya. Janji kita usaha kita akan dapat lebih. Dulu duduk beronline tanpa hasil sekarang beronline dpt pulangan. Dulu tengah bulan je dah pening kepala. Sekarang dah boleh senyum tengah bulan. Shaklee bayar kita CASH tiap tengah bulan.Kalau tak tentu dulu dah banyak kenangan manis aku dapat. Sekarang dah merasa 4 angka. Alhamdulillah.. Nak teruskan misi macam untuk dapat lebih lagi dalam Shaklee ni macam kawan2 yang lain.

MENYESAL,, RUGI SANGAT2

Dalam shaklee tak mustahil tau. Sesiapa pun boleh. Kalau dulu rasa rugi sekarang dah jadi sakit hati.. Peluang depan mata. Nak pulak sekarang dah senang nak promote Shaklee. Dah terkenal seluruh Malaysia.Sekarang semua dah mudah. Semua dihujung jari. Dari nak order barang, nak daftar keahlian ataupun nak poskan pada pelanggan. Tak payah nak susah2 pergi poskan. Shaklee boleh poskan terus.  Jadi kalau korang kata mahal, rugi melabur RM75 tu untuk yuran keahlian Shaklee SEUMUR HIDUP. Saya hanya boleh kata esok2 jangan menyesal pulak. Peluang dah ada depan mata. Allah swt dah beri peluang depan mata.Pilihan terbaik hanya untuk hambaNya. Jadi tepuk dada tanya selera.

Baca lagi
Comments

SET CANTIK SHAKLEE


Assalammualaikum... 
Entri baru untuk pagi ni.. Kalau entri sebelum ni pasal jenis kulit wajah. Entri kali ni nak kongsi pulak pasal SET CANTIK SHAKLEE. Bila kita ada masalah kulit wajah tak kira sama ada kulit kering, kulit berminyak ataupunu masalah kulit berjerawat. Kita akan pening memikirkan cara nak atasi. Apa yang perlu kita ambil untuk kembalikan kulit wajah kita pada keadaan yang lebih baik dan kulit jadi lebih cantik berseri. 
Sebelum tu, tahu tak punca terjadinya masalah kulit wajah?

PUNCA BERLAKUNYA MASALAH KULIT WAJAH
~pengambilan makanan yang tak seimbang
~mengambil makanan yang berminyak
~kurangnya pengambilan air putih
~kesan penggunaan sesuatu produk kulit
~masalah resdung
~pertukaran hormon  

Tahu tak kalau kita kurang bersenam juga boleh menyebabkan masalah kulit. Ini disebabkan kurangnya pengeluaran peluh yang boleh menyebabkan pori-pori tersumbat. Banyak cara yang boleh kita ambil untuk atasi masalah kulit wajah ini.Antaranya pengambilan makanan yang berzat yang mempunyai fungsi tersendiri terhadap kulit wajah. Selain pengambilan supplement dan vitamin yang bersesuaian untuk kulit wajah kita. Shaklee juga ada menyediakan SET CANTIK SHAKLEE. 


Dalam set ni ada Vita E, Vita C dan B Complex yang berguna untuk masalah kulit muka. Sesetengah supplement hanya tertumpu pada satu jenis asalah saja. Tapi dalam SET CANTIK SHAKLEE ada 3 jenis supplement yang elok untuk apa saja masalah kulit wajah. 

SET CANTIK SHAKLEE
Dalam SET CANTIK SHAKLEE kita ada 3 jenis vitamin yang mempunyai fungsi tersendiri untuk memastikan kulit wajah kita sihat dan bebas dari masalah. Ini kerana kandungan nutrisi yang terdapat dalam setiap vitamin. Terdiri daripada Vit C, Vita E dan B Complex. Tahu tak ape fungsi setiap daripada mereka? Meh kita tengok antara fungsi - fungsinya.. 
Baca lagi
Comments

KENALI JENIS KULIT..MANA SATU KULIT KORANG??


Assalammualaikum.. Malam ni..(pagi dah kot) tergerak hati nak buat entri pasal kulit muka. Mana datangnya idea?? Kisah pagi tadi bangun dari tidur, pegang  hidung rasa berbijik2!! kesat!! huhuhu...MUST DO SOMETHING!! Kaji selidik rupanya dah silap sendiri!! Jawapnya hari ni bermasker - maskeran lah dengan ESP... Rasa lega sikit.. Ok..Dah kot citer bab i.. Jom balik bab entri kita..
Kulit.. Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Kulit juga merupakan organ  manusia yang paling besar. Tahu tak kita kulit di badan kita ni seberat 6 paun!! Kulit juga bertindak sebagai pemisah dipersekitaran luar dan dalam badan selain berperanan melindungi otot dan organ. Tapi kulit muka adalah bahagian kulit yang paling berharga!! Dan paling sensitif! Tapi tahu tak apakah jenis kulit muka kita? Penting untuk kita ketahui jenis kulit kita kerana mudah untuk kita menggunakan sesuatu produk yang bersesuaian untuk kulit wajah kita. Kalau kita sendiri tak tahu jenis kulit kita, bila muka kita mengalami masalah sukar untuk kita nak dapatkan sesuatu produk atau supplement yang bersesuaian untuk kulit kita. Mulalah nanti berlaku pembaziran. Paling teruk lagi, kulit jadi makin teruk. 
Jom kita ketahui jenis2 kulit wajah.. 

antara jenis kulit wajah 
 
JENIS KULIT WAJAH


KULIT NORMAL
~mengandungi kandungan PH 5.5 hingga 5.6. 
~warna kulit sekata
~kulit yang sihat
~imbangan kulit yang sekata antara berminyak & kering

Baca lagi
Comments

ANAK SERING MENGAMUK?? KETAHUI CARA ATASINYA

Assalammualaikum semua.. Entri kali ni nak berkongsi sikit pengetahuan mengenai tingkah laku dan perangai anak kita. Sebab dalam minggu ni anak kesayangan watiey, Aimar asyik buat perangai.. Jadi tangan ni ringan lah pergi google dan terbaca satu artikel mengenai anak yang suka mengamuk.. Dapatlah nak buat sedikit kesimpulan tentang anak yang suka mengamuk atau buat perangai ni.
Sebenarnya perbuatan anak yang sering kita lihat atau harungi biasanya ditunjukan oleh anak2 apabila mereka marah atau kecewa. Perbuatan seperti menjerit, menangis, menghentakan kaki, mengigit, berguling2, membaling barang hingga ke aksi memukul adalah bertujuan untuk menunjukkan pada kita perasaan mereka ketika itu.
budak kuat merajuk
Baca lagi
Comments

CARA HILANGKAN SAKIT SENGGUGUT..

SENGGUGUT!!! Aduhai sengsara sangat2.. Pada yang belum pernah kena senyum dulu puas2.. Dah kena batang hidung, sendiri mahu ingat!! Entri jer dah bikin panas. Hahahaha.. Hari ni kita update entri lewat malam.. Anak tak sihat arini.. Dah bawak pegi klinik. Moga cepat lah sembuh pengarang jantung hati... Ok,, back to our entry.. 
Cara Hilangkan Sakit Senggugut.. Hari ini nak kongsi beberapa cara untuk awak sume yang sering tertonggeng setiap bulan menahan perit akibat senggugut. Kalau dalam entri lepas ada cerita pasal Set Kelegaan Senggugut Shaklee. Hari ni kita nak bagi tips dan petua berguna selain supplement.. Kita boleh cuba dengan cara tradisional dan amalan sebagai salah satu Cara Hilangkan Sakit Senggugut. Hebat penangan senggugut ni sampai orang berlumba2 carik penawar untuk hilangkan sakit senggugut. Jom kita tengok antara Cara Hilangkan Sakit Senggugut..
Terdapat banyak Cara Hilangkan Sakit Senggugut. Tapi kali ini watiey nak share cara yang lebih semulajadi dan boleh kita kata cara tradisional. Yang menariknya bahan2 ada disekeliling kita je. Cuma kita tak tahu kegunaannya. 

Cara Hilangkan Sakit Senggugut
  • Ambil air panas yang diisi dalam bekas yang tahan panas dan tuamkan diatas perut yang sakit. 
  • Teh pahit tanpa gula boleh meringankan sakit senggugut. Ambil segelas semasa kesakitan memuncak. 
  • Ambil kunyit,asam jawa & gula merah.Rebuskan sekali. Amalkan minum air rebusan sehari 2 kali selepas makan tengah hari dan malam. Ambil seminggu sebelum kedatangan haid. 
  • Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan sakit senggugut. 
Baca lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top