Comments

ANAK SERING MENGAMUK?? KETAHUI CARA ATASINYA

Assalammualaikum semua.. Entri kali ni nak berkongsi sikit pengetahuan mengenai tingkah laku dan perangai anak kita. Sebab dalam minggu ni anak kesayangan watiey, Aimar asyik buat perangai.. Jadi tangan ni ringan lah pergi google dan terbaca satu artikel mengenai anak yang suka mengamuk.. Dapatlah nak buat sedikit kesimpulan tentang anak yang suka mengamuk atau buat perangai ni.
Sebenarnya perbuatan anak yang sering kita lihat atau harungi biasanya ditunjukan oleh anak2 apabila mereka marah atau kecewa. Perbuatan seperti menjerit, menangis, menghentakan kaki, mengigit, berguling2, membaling barang hingga ke aksi memukul adalah bertujuan untuk menunjukkan pada kita perasaan mereka ketika itu.
budak kuat merajuk
raut wajah tanda protes
Kita sebagai ibu bapa haruslah mempunyai tahap KESABARAN yang tinggi dalam menangani situasi ini. Walaupun kadang kala memang amat menguji kesabaran! Adakalanya sampai pada tahap menimbulkan perasaan malu dan geram dek perangai anak yang suka mengamuk ni. Kadang2 tak kira tempat mereka nak mengamuk. Depan tetamu, di pasar raya, dalam kereta dan tandas sekalipun. Bila dah tak betul anginnya, siap sedialah!
Sebagai ibu bapa, apa yang perlu kita lakukan untuk menghadapi situasi anak yang suka mengamuk ni? Yang paling utama, ibu bapa perlu kawal diri. Kalau kita sendiri pun tak tahan mesti tak dapat nak tangani. Anak mesti dah di pukul..heehhehe..(bercakap atas dasar pengalaman jer).. Anak pulak bila dah tengok ibu bapa pun sama macam mereka, bertambah gamatlah jadinya. Menurut kajian, anak yang sering dimarah dan dipukul mereka akan menjadi lebih agresif dan lebih pemarah. Tahap kedegilan pun makin menjadi dek kerana dah terbiasa dimarah atau dipukul. Inilah dinamakan oleh orang "tak makan saman".
Selain itu, kita harus mengenali situasi sebenar. Ini penting kerana kita sedia maklum anak2 yang berumur antara 2 hingga 3 tahun, tahap penguasaan bahasa mereka terbatas. Cara berkomunikasi mereka juga terhad. Kita sebagai ibu bapa harus peka dengan keadaan dan kemahuan mereka. Ini salah satu punca mendorong mereka untuk mempamerkan perbuatan yang cepat dan agresif untuk menarik perhatian ibu bapa. Tetapi jangan risau kerana ini adalah perbuatan normal dalam kalangan usia mereka.
Tegas. Kita sebagai ibu bapa harus bersikap tegas dalam menangani apa saja keinginan anak. Janganlah diikut bulat2 kehendak mereka. Ibu bapa harus membuktikan kepada anak kita tidak akan menuruti kehendak mereka 100%. Lama kelamaan mereka akan beransur-ansur mengurangkan perbuatan mengamuk mereka. Jika kita sering tegas lama kelamaan mereka akan bosan disebabkan tidak dilayan dan kepenatan. Akhirnya berhenti bersikap dingin.
Sebagai ibu bapa kita tidak seharusnya khuatir. Kebiasaannya perbuatan mengamuk berlaku dalam kalangan anak2 yang berumur 2 hingga 3 tahun sahaja. Ini disebabkan mereka masih dalam proses mengenali siapa diri mereka dan menguji sejauh mana boleh dan tidak boleh dalam melakukan sesuatu perkara.
Semoga tips diatas berguna untuk ibu bapa dalam mengatasi masalah anak suka mengamuk ni. Saya dah pun amalkan dan dah nampak sedikit perubahan pada Aimar.
SELAMAT MENCUBA!!
untuk pembelian suppplement untuk kesihatan anak anda, boleh hubungi watiey seperti dibawah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top