SENGGUGUT!!! Aduhai sengsara sangat2.. Pada yang belum pernah kena senyum dulu puas2.. Dah kena batang hidung, sendiri mahu ingat!! Entri jer dah bikin panas. Hahahaha.. Hari ni kita update entri lewat malam.. Anak tak sihat arini.. Dah bawak pegi klinik. Moga cepat lah sembuh pengarang jantung hati... Ok,, back to our entry..
Cara Hilangkan Sakit Senggugut.. Hari ini nak kongsi beberapa cara untuk awak sume yang sering tertonggeng setiap bulan menahan perit akibat senggugut. Kalau dalam entri lepas ada cerita pasal Set Kelegaan Senggugut Shaklee. Hari ni kita nak bagi tips dan petua berguna selain supplement.. Kita boleh cuba dengan cara tradisional dan amalan sebagai salah satu Cara Hilangkan Sakit Senggugut. Hebat penangan senggugut ni sampai orang berlumba2 carik penawar untuk hilangkan sakit senggugut. Jom kita tengok antara Cara Hilangkan Sakit Senggugut..
Terdapat banyak Cara Hilangkan Sakit Senggugut. Tapi kali ini watiey nak share cara yang lebih semulajadi dan boleh kita kata cara tradisional. Yang menariknya bahan2 ada disekeliling kita je. Cuma kita tak tahu kegunaannya.
Cara Hilangkan Sakit Senggugut
- Ambil air panas yang diisi dalam bekas yang tahan panas dan tuamkan diatas perut yang sakit.
- Teh pahit tanpa gula boleh meringankan sakit senggugut. Ambil segelas semasa kesakitan memuncak.
- Ambil kunyit,asam jawa & gula merah.Rebuskan sekali. Amalkan minum air rebusan sehari 2 kali selepas makan tengah hari dan malam. Ambil seminggu sebelum kedatangan haid.
- Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan sakit senggugut.
- Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 200gm halia, 10gm kayu putih, 10gm jintan manis, 10gm kulit kayu manis. Rebus semua bahan hingga menjd segelas air. Minum sehari sekali ketika sakit.
- Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu jintan manis yang ditumbuk lumat. Cairkan dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Berhenti minum apabila datang haid.
cara popular nak hilangkan sakit senggugur |
Selain itu, ada juga yang mengambil jalan mudah dengan mengamalkan pil tahan sakit. Tapi sebenarnya kurang digalakkan pengambilannya. Ini kerana terdapat kesan sampingan.
Sebenarnya banyak lagi Cara Hilangkan Sakit Senggugut. Tapi watiey just nak kongsi yang mudah dan senang untuk dibuat. Dekat dapur rumah je semua bahan2.. Lepas ni kalau dah dekat nak datang bulan boleh la godek2 kat dapur untuk standby barang untuk persiapan.. Semoga apa yang watiey kongsi ni dapat manfaat untuk semua. Kalau korang nak tahu Shaklee pun ade Set Hilangkan Sakit Senggugut tau.. Boleh tengok dekat entri yang sebelum ni..
Untuk sebarang info dan pembelian,, boleh hubungi watiey seperti dibawah: