Assalammualaikum.. Malam ni..(pagi dah kot) tergerak hati nak buat entri pasal kulit muka. Mana datangnya idea?? Kisah pagi tadi bangun dari tidur, pegang hidung rasa berbijik2!! kesat!! huhuhu...MUST DO SOMETHING!! Kaji selidik rupanya dah silap sendiri!! Jawapnya hari ni bermasker - maskeran lah dengan ESP... Rasa lega sikit.. Ok..Dah kot citer bab i.. Jom balik bab entri kita..
Kulit.. Kulit merupakan organ homeostasis yang penting. Kulit juga merupakan organ manusia yang paling besar. Tahu tak kita kulit di badan kita ni seberat 6 paun!! Kulit juga bertindak sebagai pemisah dipersekitaran luar dan dalam badan selain berperanan melindungi otot dan organ. Tapi kulit muka adalah bahagian kulit yang paling berharga!! Dan paling sensitif! Tapi tahu tak apakah jenis kulit muka kita? Penting untuk kita ketahui jenis kulit kita kerana mudah untuk kita menggunakan sesuatu produk yang bersesuaian untuk kulit wajah kita. Kalau kita sendiri tak tahu jenis kulit kita, bila muka kita mengalami masalah sukar untuk kita nak dapatkan sesuatu produk atau supplement yang bersesuaian untuk kulit kita. Mulalah nanti berlaku pembaziran. Paling teruk lagi, kulit jadi makin teruk.
Jom kita ketahui jenis2 kulit wajah..
antara jenis kulit wajah |
JENIS KULIT WAJAH
KULIT NORMAL
~mengandungi kandungan PH 5.5 hingga 5.6.
~warna kulit sekata
~kulit yang sihat
~imbangan kulit yang sekata antara berminyak & kering
KULIT KERING
~mengandungi kandungan PH 5.3 hingga 5.4
~kekurangan minyak yang dikeluarkan oleh kelenjar
~selalunya kulit jenis ini bebas dari jerawat
KULIT MATANG
~mengandungi PH 5.1 hingga 5.2~kulit berkedut dan jatuh
~kedutan dan garis halus
~selalunya disebabkan makanan yang tidak seimbang @ salah guna produk
KULIT BERMINYAK
~selalunya akan naik jerawat halus / kecil
~bintik hitam & putih
~kelenjar sebum yang terlalu aktif mengeluarkan minyak pada muka
KULIT GABUNGAN
~merupakan kawasan T-zone iaitu kawasan dahi, hidung dan dagu yang berminyak
~kawasan pipi adalah kering dan normal
Jadi mana satu jenis kulit korang?? Jika kulit kering atau matang ini mungkin disebabkan oleh kulit yang terlalu kering. Ini boleh menyebabkan kulit mengelupas. Manakala jika kulit berminyak, liang roma akan terbuka. Kesan kulit berjerawat dan sel kulit mati.
Selain daripada pengambilan makanan yang betul. Pemakaian krim muka yang bersesuai. Kita juga boleh mengambil vitamin dan supplement untuk masalah kulit kita. Pengambilan supplement yang tertib dan yang penting semulajadi akan memberi kesan jauh lebih elok dari pemakaian krim muka. Shaklee sendiri mempunyai vitamin kecantikan kulit yang sangat popular dan laris. Sebut jer Vitamin E, Vita-C ataupun ESP.. Sume pakat terbayangkan wajah yang glowing gitu..
Untuk info tentang set kecantikan Shaklee. Kita jumpa di entry yang akan datang!!! Banyak info nak kongsi tau..