Comments

kenali senaman ketika hamil dan kebaikannya

salam buat sume.. bulan Mac dah berlalu.. Alhamdulillah kenangan manis yang x dapat nak dilupakan...
Untuk bulan April 2014 ni.. banyak benda baru yang nak dikongsikan dengan korang.. so untuk entri pertama bulan ni.. kita akan bercerita tentang senaman ketika hamil. di luar negara senaman ketika hamil amat digalakkan,, cuma dekat sini kurang dipraktikan. tapi rasenya sekarang dah banyak jugak yang tahu tentang senaman ketika hamil. pada yang tak berapa nak tahu.. jom kita tengok antara senamannya dan kebaikannya...

Senaman ketika hamil amat diperlukan. Tujuan bersenam ketika hamil bukan bertujuan utk membakar kalori. tapi ia dapat membantu mempersiapkan kita untuk bersalin dengan cara membantu otot kita. bersenam dapat membina ketahanan serta memudahkan badan kita kembali kepada bentuk asal selepas proses kelahiran. badan kita mengeluarkan sejenis hormon yang dipanggil relaxin semasa kita mengandung. hormon ini boleh menyebabkan sendi jadi longgar. Ia bertujuan utk memudahkan proses kelahiran. jadi bila dah longgar kena la ketatkan balik.. kan?? tapi x semua senaman sesuai untuk ibu mengandung. jadi kita harus berhati-hati ketika melakukan senaman dan memilih yang bersesuai dengan kita. jom kita tengok antara senaman2 yang disyorkan utk ibu mengandung..


                                                                                    
berikut adalah beberapa senaman yang disyorkan untuk ibu mengandung.
Banyak lagi sebenarnya senaman seperti berlari & angkat berat yang ringan tapi hanya sesuai untuk sesetengah peringkat kehamilan. elakkan dari melakukan senaman yang berisiko kepada kita atau kandungan. antaranya berbasikal, berkasut roda, menunggang kuda & bermain ski. 
so, apa kata dari saat ini kita cuba praktikan. bila dah bersalin nanti mudah untuk kita menurunkan berat badan.. selain menyenangkan kita ketika proses kelahiran. namun haruslah diingatkan, pandangan doktor juga harus diambil kira untuk memastikan keselamatan kita dan kandungan.. 
sekadar berkongsi pengetahuan untuk manfaat kita bersama..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top