Comments

ceritera balik kampung

salam.. lama dah x buat entry baru. sejak balik kampung sempat update 2 entri je. line tak ada. nak kata kampung aq tu hulu gong.. tak jugak. malam ni jam dah tepat pukul 2 pagi nak coret pasal aktiviti masa balik kan ung.. kejadian masa dekat kampung.. nak keluarkan sume bagi clear sikit kepala.
excited balik kampung.. sume kot rasenya akan excited tiap kali balik kampung. nak pulak macam aq ni yang jarang2 dapat balik kampung.. (duduk jauh dari lepas sekolah lagi).. merantau.. dapat jumpa mak abah pun sekali setahun.. sedih tau.. balik naik bas bawak puteri dan putera aq ni.. nasib aimar tak buat hal. kakak over excited sebab memang dah lama ajak naik bas. tapi perjalanan malam.. biasalah aktiviti lebih pada tido.. alhamdulillah selamat sampai..
kakak dengan aimar syok gile sebab ade 3 ekor anak kucing dekat umah mak aq.. (anak aq memang obses dgn kucing). aimar tak geli langsung bila pegang anak kucing. pandai pulak sebut "tet" yang aq dpt tangkap dia bahasekan cat.. kecian pun ade dekat anak kucing tu. dalam masa seminggu tu tak aman hidup dorang..
time balik kg.. musim panas berangin.. kuat angin.. depan umah mak ade pokok kabung besar. musim buah dia berterbangan.. jadi kakak yang tak pernah tengok tu memang macam jumpa emas.. suka sangat2.. even aq sendiri pun suka. last time sekolah kot aq jumpe benda tu.. belakng umah mak ade sungai.. tp nasib tak baik time aq balik air dalam.. tak merasa nak mandi sungai..
mak pulak dapat hobi baru. mengail.. tiap kali petang mesti hilang pergi mengail. anak aq pun terjebak sama.. tapi seronok tengok anak2 bebas main.. kenal macam2 benda baru..
pejam celik dah tiba nak balik. kakak muka dah ketat.. memang tiap kali balik kampung macam tu.. yang best banyak benda baru anak2 dapat belajar & tengok.. moga lepas ni dapat lagi peluang macam ni..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top