Comments

SENGGUGUT SEMASA HAID.. KETAHUI PUNCA & SIMPTOMNYA


Adakah korang pun berkeadaan sama seperti gambar kat atas ni setiap bulan?? Entri kali ni nak cerita pasal musuh dalam selimut kaum hawa.Senggugut semasa haid. Azab tau!. Wanita tak lari dari melalui beberapa fasa dalam hidup mereka sama ada dari fasa baligh, reproduktif seterusnya menopos. Bezanya pengaliran haid setiap wanita berlainan. Baik dari segi jumlah hari aliran ataupun kitarannya.

APA ITU SENGGUGUT
Senggugut (PMS) adalah pengaliran haid yang sakit ketika kedatangan haid. Selalunya ia menyerang pada hari pertama dan kedua kedatangan haid. Biasanya berlaku dibahagian bawah perut atau pelvis.
Senggugut terdiri daripada 2 jenis. Haid normal yang sakit ketika pengaliran dipanggil senggugut primer. Sementara senggugut sekunder adalah apabila sakit setelah beberapa hari kedatangan haid. Selalunya disebabkan oleh penyakit sistem reproduktif seperti endometrisis.Sebab tu terjadinya sakit sengugut semasa haid.  Jom kita kenali lebih lanjut tentang 2 jenis senggugut ni.



SENGGUGUT PRIMER
Berlaku akibat pengecutan dinding rahim lebih kuat dari biasa untuk mengeluarkan lapisan dinding rahim yang tebal. Akibatnya pengaliran darah terganggu dan menanbah kesakitan. Kebiasaannya senggugut primer menyerang di usia muda dan permulaan kitaran yang subur.

SENGGUGUT SEKUNDER
Berlaku disebabkan oleh patologi di pelvis dan rahim yang biasanya berlaku dikalangan wanita yang lebih berusia dan masih subur.

SIMPTOM SENGGUGUT (PMS)
Terdapat beberapa simptom yang boleh dikaitkan dengan senggugut. Antaranya:-

  • kejang perut
  • payudara membengkak
  • lesu / keletihan 
  • perut kembung
  • masalah tidur (imsonia)
  • pening kepala
  • jerawat
Sebab itu kalau kita tengok kawan kita, kakak kita atau sesiapa saja yang diserang senggugut ni akan berubah serta merta. Ini disebabkan penangan kesakitan senggugut! Ada yang tak dapat nak menangani sampai terguling - guling, menangis pun ada. Banyak alternatif yang boleh diambil untuk menghilangkan kesakitan senggugut ni. Baik dari cara tradisional bawa ke cara moden. Yang penting dapat meringankan beban kita yang menanggungnya. Dan yang paling penting tak ada kesan sampingan untuk kesihatan kita. 
Shaklee juga ada menyediakan set kelegaan senggugut. Set ini bertindak membantu mengatasi masalah sakit senggugut semasa haid. Untuk info lanjut nanti kita related ke entri set kelegaan senggugut pulak.. 
Semoga korang dapat mengetahui serba sedikit kenapa terjadinya senggugut semasa haid. Tak semua orang berpeluang nak kena senggugut. Tarik nafas lega mana yang tak pernah kena tu!! 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top