Bagi anak-anak yang masih menyusu disarankan meneruskan penyusuan. Bagi anak-anak yang lebih berusia pula, seharusnya memberi mereka minum lebih banyak cecair seperti ais kosong, sup mahupun jus buahan. Selain bertindak menggantikan air dalam badan, pengambilan cecair juga turut mengukuhkan ketahanan dalaman diri anak-anak. Selain itu, kurangkan minyak dalam hidangan makanan untuk si manja yang tidak sihat. Ini kerana ketika sakit, lazimnya si manja kurang berselera untuk makan. Banyak lagi yang nak dikongsikan untuk ibu bapa untuk mengatasi anak ketika sakit. Jom kita baca dan praktikkan. Enjoy reading!
DEMAM
Apabila demam, ini bererti tubuh sedang melawan jangkitan. Kita dapat membantu si manja mengatasinya dengan cara:
- berikan air kosong suam agar dia kekal hidrat
- biarkan dia memakai pakaian nipis untuk mengelakan masalah kepanasan melampau
- lap tubuh mereka dengan air suam untuk melegakan ketidakselesaan akibat haba panas
SELSEMA
Masalah ini boleh timbul secara tiba-tiba dan kadang kala diiringi dengan demam. Bantu si kecil kita mengatasinya dengan beberapa petua berikut:
- pastikan si kecil mendapat rehat yang secukupnya
- galakkan dia berkumur menggunakan campuran garam dan air suam. Air garam dapat melegakan sakit tekak. Selain itu, boleh cuba titiskan air garam di hidung untuk membantu melonggarkan mukus dan melembapkan kulit di bahagian berkenaan
- kekalkan tahap dehidrasi mereka. Cecair yang mencukupi memastikan tubuh mengatasi jangkitan selsema yang dialami
SAKIT TEKAK/BATUK
Penyakit ini mungkin disebabkan oleh selsema, alahan, radang tonsil dan banyak lagi. Cara mudah untuk mengatasinya:
- minta dia berkumur dengan air garam
- beri dia minum banyak air agar tekak kekal lincir
Bagi yang mengalami sakit tekak berterusan selama dua hari dan jika pada masa yang sama dia sukar bernafas, susah menelan, mengalami dehidrasi (mulut keringdan kurang buang air kecil) serta demamnya melebihi 40 darjah celsius. Selain itu, jika lelehan hingusnya berwarna kuning atau hijau, timbul ruam serta muntah lebih dari sekali, segera berjumpa doktor.
Shaklee sendiri mempunyai vitamin untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh anak-anak kita. Watiey sendiri dah mencuba pada anak-anak. Dan hasilnya memang teerbukti. Anak-anak kurang dijangkiti sakit. Dan turut membantu dalam menaikkan selera makan mereka. Jom tengok apa watiey amalkan untuk anak watiey.
Untuk makluman, vitamin ini bagus dalam membantu imuniti mereka bertindak balas. Selain itu, dapat memberikan banyak lagi khasiat seperti membantu perkembangan otak mereka.Selain meningkatkan selera makan anak kita. Pada yang nak mencuba boleh hubungi watiey seperti tertera dibawah.
UNTUK PEMBELIAN PRODUK DAN INFO TENTANG PRODUK. NAK SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE JUGA BOLEH HUBUNGI WATIEY...