Comments

MEALSHAKE BANTUAN UNTUK ANAK BERPUASA

BISMILLAH

Pejam celik dah tak lama nak berpuasa.. Bagaimana dengan persiapan diri.. Bagi kita yang dah bergelar dewasa ni, rasa mungkin tiada masalah. Tapi baggi anak2 kita mungkin perasaan gementar, kurang keyakinan. Nak pulak baru pertama kali nak berpuasa. Ibu bapa pun tentu2 lagi bingung memikirkan keadaan anak ketika berpuasa nanti. Begitu jugalah dengan saya.. 
Tahun ni tahun pertama kakak, anak dara tunggal daku nak mulakan puasa. Macam ibu2 lain, saya pun gementar nak tunggu saat dia nak berpuasa. Dengan sekolah lagi, nak pulak sekolah taska campuran. Godaan depan mata haruslah 100% hebatnya. Tapi persediaan awal dah saya lakukan. Permahaman tentang berpuasa itu penting supaya mereka akan mengerti kenapa perlu berpuasa. Kenapa tak boleh makan waktu siang. Kenapa perlu tahan dahaga.. Dan banyak lagilah.. 

PERSEDIAAN DARI SEGI PEMAKANAN
Dah namanya budak, makan atau minum mereka kadang kala tak kena pada waktunya. Bila rasa lapar ke dahaga ke, tak perlu disuruh atau dipaksa. Mereka akan ambil sendiri. Jadi perhatian lebih kena bagi bila time puasa nanti. Bukan mereka ni nak bagitau bila nak makan atau minum. Di taska nanti dengan kawan2 sekeliling lagi. Mungkin akan menyebabkan puasa yang yok terjadi ni!! 
Tenaga mereka pun bukanlah seperti orang dewasa. Sebab itu, mereka harus diajar sedikit demi sedikit. Dari puasa suku hari akan bawa kepada setengah hari dan akhirnya puasa penuh. 
Untuk dapatkan puasaa penuh memerlukan tenaga yang banyak. Ini kerana kanak2 ni tak kira puasa atau tak, bermain adalah rutin wajib mereka. Jadi bila dah mula bergerak, berlari lama - kelamaan mulalah rasa penat. Rasa penat nanti bertukar pada lapar. Mulalah nak merengek, melepek dek kerana tenaga kehabisan..

TAPI.. Sekarang dah ada MEALSHAKE.. Jujur saya katakan. Tak sabar nak sambut kedatangan bulan Ramadhan. Nak bagi kakak tenaga tambahan yang ada dalam MEALSHAKE. Walaupun MEALSHAKE ni membantu dalam menambah selera makan anak. Tapi dalam masa yang sama, kandungan protein yang ada dalam MEALSHAKE dapat memberikan tenaga juga pada mereka. Seperti yang kita tahu protein akan bertukar pada tenaga. Tenaga akan membantu memberi stamina dalam badan. Bila badan dah bertenaga, puasa pun tak ada efek apa2. 
Selain itu, sumber soya yang ada dalam MEALSHAKE dan kandungan serat yang tinggi dah cukup dalam memberi badan anak kita rasa kenyang dan segar seperti makan makanan yang bernutrisi tinggi. Walaupun anak tak makan sayur tau!! Hebatkan??!! Sebab itu saya teruja sangat nak tunggu bulan Ramadhan tak lama lagi.. Nak tengok kakak berpuasa dengan sihat dan segar.. Cara pengambilan MEALSHAKE yang mudah dan senang dihadam selain rasanya yang sedap. Ini akan menjadikan kerja saya lebih mudah. Hanya bancuh dalam minuman kesukaan mereka, dah dapat khasiat sepenuhnya. Jadi elok sangat beri masa bersahur. Unutk pastikan tenaga berpanjangan sehingga waktu berbuka. 
Jadi bagaimana pula dengan korang?? Dah sediakan nutrisi hebat, tenaga tambahan untuk bantuan anak berpuasa tak lama lagi?? Kalau belum jom kita sediakan MEALSHAKE untuk mereka! 

UNTUK INFO DAN PEMBELIAN PRODUK BOLEH HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH.
NAK JADI AHLI SHAKLEE DENGAN BERMODALKAN RM75 DAPAT PULANGAN BERBALOI2!! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

CITER2 BLOGGER


Contact Form

Name

Email *

Message *

Back to Top