Sukar sebenarnya untuk kita mengetahui dan memahami kenapa bayi menangis. Nak pula mereka yang tiada pengalaman mempunyai anak. Anak sulung. Tetapi bagi yang dah berpengalaman, bayi menangis bukan lagi satu masalah besar yang membebankan mereka. Dulu sewaktu watiey membesarkan anak pertama. Watiey pun terjebak dalam masalah ini. Bermacam cara dah buat tapi masih lagi menangis. Jadi terpanggil dengan pengalaman sendiri, entri kali ini nak kongsi sesuatu yang diharap dapat meringankan beban dan memberi bantuan pada mereka yang mengalami pengalaman anak menangis.
Terdapat beberapa perkara asas mengapa seseorang bayi itu menangis. Jadi kita haruslah mengetahui terlebih dahulu puncanya sebelum boleh menenangkannnnya. Panduan berikut merupakan beberapa kemungkinan punca kenapa bayi menangis.
- PENYAKIT
Demam, selesema, atau penyakit lain mungkin menyebabkan bayi menangis, terutamanya jika tangisannya berbeza daripada biasa. Hidung tersumbat akibat selesema mungkin menghalangnya daripada menyusu. Oleh sebab itu, dia tidak dapat menenangkan dirinya walaupun sakitnya mungkin tidak begitu teruk. Segeralah merujuk kepada doktor sekiranya bayi menunjukkan sebarang simptom luar biasa.
- RUAM
- KEADAAN SEKITAR
- KEPENATAN
- AKTIVITI YANG TIDAK DISUKAI
Lepas ni, kalau anak kita nangis dah tak perlu nak pening kepala. Apa kata, cuba keluar rumah, sekali sekala. Minta pasangan atau ahli keluarga yang rapat dengan kita mengambil alih seketika tugas menjaga bayi. Ini dapat membantu kita untuk memberi ruang kepada kita. Jom kita cuba!