Sapa suka makan mangga? Buah mangga terkenal dengan keenakkannya.. Rasanya yang manis,masam dan lemak. Dah tentu buat siapa saja yang tengok pasti akan terliur. Termasuklah yang tengah menulis entri ni.. hehehe.. Terdapat berbagai jenis mangga di pasaran. Tahu tak buah ni hidup subur di beberapa buah negara termasuk Afrika, Burma, Malaysia, India dan Indonesia. Entri hari ini bukan nak cerita salasilah buah mangga ataupun rasa enak buah mangga ni. Tapi nak kongsi khasiat yang terdapat dalam buah mangga ni.
Mangga mengandungi kandungan gizi yang sangat kaya dengan mineral, vitamin, antioksidan dan enzim. Mangga merupakan salah satu sumber yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C seperti mineral, kalium, kalsium dan fosfor. Badan kita memerlukan 50% khasiat vitamin A dan 50% khasiat vitamin C untuk keperluan harian kita. Dengan pengambilan mangga dalam diet seharian kita, bolehlah melengkapkan nutrisi vitamin A dan C dalam badan kita. Selain menjadi pencuci mulut, dapat juga khasiat nutrisi mangga. Best kan?
KHASIAT MANGGA UNTUK KESIHATAN
- mangga mengandungi nutrisi dan sebatian bioaktif yang memberikan pelbagai manfaat kesihatan. Penemuan ini menunjukan buah mangga menjadi alternatif dalam menggantikan ubat penurun lemak
- mangga mengandungi beberapa faktor yang terlibat dalam metabolisme lemak kerana mengurangkan tahap peredaran hormon Leptin. Leptin dihasilkan oleh sel2 lemak dan tumpuan darah yang berkaitan dengan kandungan lemak badan. Apabila lemak badan meningkat, kadar Leptin juga meningkat. (Leptin memainkan peranan dalam mengawal nafsu makan)
- asid tartarik, asid malik dan asid sitrik yang terdapat dalam mangga membantu mengekalkan kealkalian badan
- enzim dalam buah mangga turut membantu proses penghadaman
- khasiat dalam mangga membantu mengawal gula dalam darah
- diet yang mengandungi mangga dapat menurunkan paras glukosa
- kadar serat yang tinggi dalam mangga dapat membantu menurunkan serum kolestral LDL
Kajian juga menunjukkan bahawa polifenal mangga menyekat tindak balas keradangan dalam sel kanser. Kandungan antioksidan yang terdapat dalam mangga dapat membantu melindungi badan daripada jangkitan kanser seperti kanser usus besar, paru, leukimia dan prostat..
Jadi lepas ni, pada yang tak berapa nak suka nak makan supplement atau ubat boleh lah gantikan dengan mangga.. Dah tahu banyak khasiat mangga kan?? Jadi lepas ni jom kita pergi borong beli buah mangga.. Nak pulak sekarang tengah murah.. Jom kita!!!
NAK INFO TENTANG PRODUK SHAKLEE?? NAK SERTAI KAMI SEBAGAI AHLI SHAKLEE??
SILA HUBUNGI WATIEY SEPERTI DIBAWAH...